02/02/2016

Penubuhan Bank MARA - Semoga Beri Manfaat Pada Usahawan!



Penubuhan Bank MARA adalah antara rancangan strategik bakal dilaksanakan menerusi pembentukan rangka tindakan baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijangka dilancarkan bulan depan. 

Kini MARA hanya menunggu keputusan rasmi daripada Bank Negara berhubung cadangan itu dan akan mengumumkannya sejurus mendapat kelulusan. 
Penubuhan bank itu bakal memberi manfaat kepada usahawan bimbingan MARA terutama dari segi penyediaan dana dan pinjaman untuk membantu mereka memaju dan mengembangkan perniagaan.

Rangka tindakan baharu MARA diwujudkan dengan sasaran melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera berjaya, selain pembaharuan untuk terus memartabatkan MARA sebagai agensi penting pembangunan sosio ekonomi Bumiputera.

Nampaknya KKLW kali ini lebih aktif dan terbuka. Satu cadangan yang baik dan diharap dapat beri manfaat kepada semua. 

K7L : Bagus... jangan jadi menteri badut..

3 ulasan:

  1. Menteri yg ada otak dapat berfikir dng baik .... sabry contoh terbaik.. menteri cap ayam harus dibuang dri kjaan....

    ReplyDelete
  2. Sabri layak jadi PM suatu hari kelak

    ReplyDelete
  3. Satu permulaan usaha yang cemerlang walau nanti akan menghadapi cabaran......

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk