22/02/2016

PAS Mula Serang Anwar Ibrahim Pula! - War Has Begun!



PAS mengingatkan para ahli dan penyokongnya bahawa bekas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf negara Israel sewaktu berada di luar negara.

PAS melalui artikel bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah PAS” yang disiarkan di laman Facebook rasmi parti itu hari ini mengingatkan semua pihak bahawa Allahyarham Nik Abdul Aziz mengambil tindakan itu ke atas Anwar pada tarikh 13 Februari 2012.

Parti itu turut meninggatkan Majlis Syura Ulama PAS pernah menghantar surat kepada Anwar mendesak pemimpin PKR itu menarik balik kenyataannya kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong usaha penyelesaian dua negara untuk menjaga keselamatan umat Israel.

“Pada hari ini dalam tahun 2012, Mursyidul Am PAS telah memaklumkan kepada media massa bahawa Majlis Syura Ulama PAS mengambil pendirian yang PAS tidak mengiktiraf negara haram Israel dan mendesak Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong konsep penyelesaian dua negara, satu negara untuk rakyat Palestin dan satu negara untuk Yahudi Zionis, Israel.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada 11 Februari 2012 turut menegaskan PAS menolak formula penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Asia Barat. PAS berpegang bahawa haram menerima kewujudan negara haram ini (Israel). Para pemimpin UMNO turut mendakwa kenyataan itu memalukan negara dan umat Islam. Pemimpin UMNO telah membuat kritikan dan kecaman terhadap Anwar yang dilihat mengikut jejak langkah Barat dalam isu Israel ini,” kata artikel itu.

Menurut artikel itu, Majlis Syura Ulama PAS telah mendesak Anwar supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ jika mendakwa kenyataannya telah diputar belit untuk membersihkan nama beliau.

Jelas PAS Pusat, parti itu berpegang dengan prinsip bahawa Palestin adalah hak umat Islam dan haram menerima kewujudan negara haram Israel.

“Menurut Nik Abdul Aziz keselamatan Israel bukan menjadi tanggungjawab umat Islam tetapi ia adalah akibat kezaliman Yahudi sendiri kerana mereka telah menubuhkan negara haram atas dasar kezaliman. Islam lebih mementingkan hak asasi, keadilan, kemanusiaan dan hubungan baik, tetapi sesekali tidak akan berkompromi dengan kezaliman ini,” kata kenyataan itu.

Anwar kini merengkok dalam Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya. Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kira-kira tujuh tahun lalu.

Apapun PAS sudah mula menunjukkan bibit-bibit perpisahan dengan PKR apabila cuba menyatakan pendirian menolak Anwar Ibrahim. Jadi kita mungkin akan lihat Azmin Ali yang kekuatannya selama ini bergantung kepada PAS Selangor akan goyah?

K7L : DAP nak jatuhkan Azmin.. tunggu...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk