26/02/2016

Mangsa Banjir Sarawak Akan Terima Bantuan Secepat Mungkin!



Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua mangsa yang terjejas akibat banjir di Sarawak akan diberi bantuan secepat mungkin bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perdana Menteri berkata, buat masa sekarang fokus bantuan yang perlu disalurkan kepada 7,177 mangsa yang ditempatkan di 47 buah pusat pemindahan di negeri itu adalah barangan keperluan asas terutamanya makanan serta pakaian.

“Sebanyak 47 pusat pemindahan kini disediakan bagi menampung 7,177 orang setakat ini. Saya berkongsi perasaan sedih mereka yang kehilangan ahli keluarga serta harta benda akibat banjir di Sarawak. Salam takziah dari saya dan keluarga.

“Kerajaan akan mengenal pasti kesan bencana banjir ini kepada penduduk setempat dan membantu agar mangsa banjir dapat meneruskan kehidupan seperti biasa setelah banjir reda, insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Di KUCHING, banjir teruk yang melanda empat daerah di negeri ini, semakin pulih apabila hanya 4,867 mangsa daripada 1,305 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan hari ini.

Kebanyakan kawasan yang dinaiki air sudah surut ekoran tiada lagi hujan lebat dan cuaca kembali cerah sejak semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Siti Huzaimah Ibrahim berkata, setakat pukul 5 petang ini, jumlah mangsa banjir sudah berkurangan kepada 4,867 orang berbanding 7,327 semalam.

Katanya, kesemua mangsa daripada 1,305 keluarga itu masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan banjir di daerah ini, Bau, Serian dan Samarahan.

Jangan kata Kerajaan BN tak mahu bantu mangsa banjir. Selalunya ada sahaja mulut pemimpin pembangkang yang celupar. Apapun bila berkaitan dengan bencana Keris sarankan kita bantu sama-sama. Bukan menjatuhkan satu sama lain.

K7L : Semoga mangsa semua selamat dan kembali seperti sediakala..

1 ulasan:

  1. Puji tuhan terimah kasih MBAH WASTUH atas nomor yang MBAH WASTUH kasih kesaya ini yang pertama kalinya kami menang togel 3D 394.modal usaha kami sebelumnya habis semua gara-gara togel,tapi atas bantuan angka jitu MBAH saya akan buka usaha saya kembali.tapi sebenarnya kami juga hampir putus asa karna persyaratan dari yang membayar maharnya terlebih dahulu sebesar Rp 1 juta tapi kami berusaha pinjam kiri kanan untuk menyelesaikan persyaratan yang diminta sama beliau dan akhirnya saya dapat angka jitu dari MBAH WASTUH dan tembus langsung 3D dan allhamdulillah saya dapat Rp 110 juta,bagi teman-teman yang punya masalah keuangan ingin menang melalui angka jitu MBAH WASTUH silahkan hubungi MBAH WASTUH di nomor,( 0853-7778-4848 ).sebenarnya kami sering main PARA NORMAL di internet,baru kali ini ada yang kasi nomor jitu yang tembus, yaitu MBAH WASTUH,saya jamin 100% tembus karena kami sudah buktikan sendiri,silahkan teman-teman buktikan juga sendiri,trima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk