02/02/2016

Amanah Ajak PAS Bersatu? - Kebodohan Apakah Ini?



Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ustaz Abdul Ghani Samsudin mengajak PAS kembali menyertai Pakatan Harapan untuk menjayakan misi menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurutnya, PAS tidak boleh bersendirian melaksanakan misi berkenaan, sebaliknya perlu bersama DAP, PKR dan dalam Pakatan Harapan sebagai satu pasukan.

Sambil menyeru agar dilupakan sengketa lama, Abdul Ghani yakin hubungan PAS dan PAN akan kembali bertaut selepas keadaan kembali reda.

“Jangan berbalah lagi, cari jalan untuk bersatu, sekiranya PAS kembali bersama kita akan memberi lonjakan terbaik kepada Pakatan Harapan, “katanya ketika berceramah di Kedah.

Kah Kah Kah! Kebodohan yang ternyata bodoh yang amat bodoh. Dulu kau kata PAS macam-macam. Bila dah tahu tak boleh menang terus beria pujuk balik semula?

Bukankah Amanah ditubuhkan selepas PAS dikatakan tidak relevan? 

K7L : Apa nak jadi politik Malaysia ni...

2 ulasan:

  1. AMANAH ajak PAS bersatu untuk sama-sama menyokong agenda anti Islam, anti Raja-Raja Melayu pimpinan tokong besar DAP. Mereka langsung tak peduli pendirian tetap dan tegas pemimpin DAP Lim Guan Eng yang mengatakan agenda DAP jauh lebih penting daripada ajaran Islam.

    ReplyDelete
  2. dua dua sama kong kali kong...lantak pi lah nak buat apa pun..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk