04/02/2016

Husam Semakin Kurang Ajar - Serang PAS Kelantan Bertubi-Tubi?



PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

“Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan- BERNAMA 

Husam nampaknya menjadi Kepala Perang Amanah di Kelantan. Kini dikatakan dia telah bersedia untuk menjadi MB Kelantan sekiranya PAS tumbang ke tangan Pakatan Harapan.Sebab itu dia mula tunjuk taring.

Persoalannya kini apakah orang PAS di Salor masih mahu beri ruang kepada Husam Musa? Kita tunggu dan lihat apakah PAN dapat survive melawan PAS di Kelantan?

K7L : Husam ni.. haishhh tak nak cakaplahh....

2 ulasan:

  1. Geli ar....Wakil rakyar Salor adalah barua kapiaq DAP rupanya..Wakil rakyat Salor adalah barua kepada tokong2 yang ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM!

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Good point.
    PS: Buang link gtputeri.blogspot atau Gerbang Tempur Puteri. Ada virus. Thank you.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk