15/02/2016

Malaysia Berjaya Kekalkan Kesatbilan Ekonomi Secara Makro Dan Mikro?



Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyifatkan Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi secara makro dan mikro selepas mengadakan kaji selidik dan perbincangan bersama pelbagai pihak awal Januari lalu.

Ketua Jabatan Asia Pasifik IMF, Dr Alex Mourmouras yang membuat lawatan ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuching pada 11 hingga 22 Januari lalu membuat kesimpulan itu selepas analisa rundingan dengan pegawai tinggi kerajaan, Bank Negara Malaysia, wakil daripada sektor swasta, badan pemikir serta ahli akademik.

“Disebalik cabaran luaran dan domestik pada 2015, kerajaan Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi secara makro dan mikro, disamping kemajuan yang signifikan dalam memperbaiki asas bagi mencapai pertumbuhan ekonomi pada terma sederhana.

“Ekonomi Malaysia telah menerima kesan daripada pelbagai kejutan sejak lewat 2014, termasuk penyusutan ketara dalam harga komiditi, permintaan luaran yang lemah, perkembangan politik dan penyaliran keluar modal.

“Bagaimanapun, dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, selain pemotongan pada subsidi dan perbelanjaan operasi, berjaya mengehadkan impak kepada kewangan kerajaan berikutan penyusutan harga minyak global,” katanya.

Dr Mourmouras berkata kefleksibelan kadar tukaran wang turut membantu menjadi penimbal kepada asas ekonomi dan sistem kewangan kesan daripada penyusutan mendadak harga komoditi dan ketidakstabilan pasaran kewangan global.

Menurutnya, polisi kewangan cermat Malaysia turut membantu mengekalkan tekanan inflasi yang tercetus daripada susut nilai tukaran wang dan perlaksanaan GST.

“Ekonomi Malaysia berterusan dalam prestasi yang baik, walaupun pertumbuhan akan perlahan dan dipengaruhi risiko ke bawah.

“Faktor luaran bagi tahun 2016 diselubungi ketidaktentuan, berikutan pertembungan pelbagai faktor termasuk kelembapan perdagangan global dan serantau, limpahan China, pengukuhan berterusan nilai dolar Amerika dan kekuatan aktiviti tidak seimbang pada rakan perdagangan Malaysia.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal kukuh pada 2016, menyusut tipis kepada 4.4 peratus daripada unjuran 4.8 peratus pada 2015.

“Aktiviti perlu diperkukuhkan dengan permintaan domestik yang sihat disebalik kesederhanaan namun terhimpit dengan permintaan luaran yang lemah,” jelasnya dalam satu kenyataan dikeluarkan IMF.

Dr Mourmouras menjelaskan pertumbuhan kredit diunjur akan perlahan, melemahkan pengumpulan hutang namun keadaan kewangan diunjurkan akan tetap ke arah pertumbuhan.

Pertumbuhan akan disokong oleh kadar kewujudan isirumah yang tinggi, kadar pekerjaan yang tinggi dan pengaliran peruntukan kepada kumpulan pendapatan rendah.

“Inflasi akan meningkat secara sementara berikutan impak harga minyak yang rendah dijajari dengan kadar tukaran matawang yang menyusut turut menyumbang kepada harga minyak.

“Disebalik penyusutan harga komoditi dan unjuran global yang lemah, akaun semasa Malaysia akan kekal pada surplus (kelebihan),” jelasnya.

Perlindungan terhadap bajet seharusnya menjadi keutamaan paling tinggi, dan untuk ini, IMF turut memuji kesungguhan pihak berkuasa bagi mematuhi sasaran defisit kerajaan persekutuan pada kadar 3.1 peratus bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2016 dan sasaran pengimbangan bajet pada terma sederhana menjelang tahun 2020-21.

“Susulan kepada pengaliran modal, Bank Negara Malaysia membenarkan penyusutan nilai ringgit berikutan kejutan harga minyak dan komoditi, dan ini mengurangkan kesan kepada sektor komoditi dan memperkembangkan tahap kompetitif bagi eksport industri pengilangan.

“Ia juga menggunakan rizab bagi mengurangkan kesan terhadap kitaran pengaliran modal dan memastikan pasaran kewangan dan tukaran matawang asing sentiasa dalam pematuhan.

“Polisi kewangan BNM adalah berpatutan dan kami bersetuju dengan pendirian BNM yang rizab perlu diperkukuhkan semula setiap masa,” jelasnya.

“Pertumbuhan kukuh, pelaburan tinggi dan penambahbaikan persekitaran perniagaan sangat mengagumkan.

“Perlaksanaan pembaharuan sebagaimana diunjurkan melalui Rancangan Malaysia ke-11 serta komitmen untuk perdagangan lebih bebas, termasuk dalam konteks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Komuniti Ekonomi Asean dan Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), dilihat mampu membantu menjadi pengukuh kepada pembaharuan dan meningkatkan potensi pertumbuhan Malaysia pada jangka sederhana.

“Membangunkan skil pasaran buruh Malaysia juga kritikal dalam memandu ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Kami juga mengalukan kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan langkah pembanterasan rasuah kerana ini akan memperkukuhkan persekitaran perniagaan dan keyakinan masyarakat kepada institusi kerajaan,” katanya.

Dr Alex Mourmouras adalah Ketua Jabatan Asia Pasifik IMF dan ketua delegasi ke Malaysia dan Singapura. Beliau telah bersama IMF bagi tempoh 20 tahun dan pernah bertugas di Jabatan Hal Ehwal Fiskal, Jabatan Polisi dan Penilaian serta Institut IMF.

Beliau pernah menulis mengenai ekonomi makro, pertumbuhan ekonomi, ekonomi antarabangsa dan politik ekonomi bagi organisasi antarabangsa dan diterbitkan secara meluas. Beliau pernah bertugas sebagai Profesor dan Pengarah Pendidikan Graduan di Universiti Cincinnati di Ohio, Amerika Syarikat.

K7L : Nak apa lagi?..

1 ulasan:

  1. Saya ingin cerita tentang pengalaman saya,dulunya saya ini cuma seorang
    pembantu rumah tangga di malaysia pendapatannya tidak seberapa dan
    tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat
    informasi dari teman bahwa MBAH WASTUH bisa memberikan angka ritual/goib 100% tembus
    akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus
    saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH WASTUH.atas bantuan MBAH saya sekarang
    sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka
    usaha matrial dan butik pakaian muslim
    Jika anda mau buktikan
    silahkan bergabun sama MBAH WASTUH
    Di: No: tlp.0853-7778-4848
    Saya sudah buktikan sekarang giliran anda.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk