17/02/2016

Selangor Maju Atau Selangor Kotor? #OhSelangorKu




Di negeri mana di Malaysia dimana terdapat orang buang sampah dimerata tempat dan mengambil kawasan letak kereta untuk meletakkan kerusi-meja untuk pelanggan restoran dan tanah depan dan tepi restoran dirampas untuk membesarkan kawasan restoran, dan barang-barang besi dan tembaga dari kemudahan awam dicuri dengan secara terbuka dengan orang menampal pelekat kertas dan menggantung sepanduk iklan di pokok dan kemudahan awam?

Dan pihak berkuasa dan kerajaan negeri berkenaan tidak ambil peduli?

Jawabnya ialah: SELANGOR DARUL EHSAN.

Dan lebih malangnya ialah tidak seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari :Pakatan Rakyat telah membincangkan tentang perkara atau masalah ini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga kini sebab kepada mereka ia bukan sesuatu yang penting.

Dengan ADUN Pakatan asyik dengan diri sendiri dan politik kepartian sahaja.

Yang amat menyedihkan sama sekali ialah tidak seorang ADUN Pakatan dianggap sebagai penting oleh orang yang telah mengundi mereka dalam kedua pilihanraya umum yang lalu walaupun mereka sanggup beri undi mereka kepada calon Pakatan, tetapi mereka seperti tidak mahu tahu yang mereka buat kerja atau sanggup melakukan sesuatu untuk mereka.

Selangor Darul Ehsan dikatakan negeri yang paling maju di Malaysia tetapi Selangor Darul Ehsan boleh dituduh sebagai negeri yang paling kotor sekali diMalaysia sekarang.

Tetapi apakah rakyatnya berbudaya dan mengamali agama masing-masing? Kalau tidak kenapa negeri ini boleh diberi gelaran Negeri Yang Paling Kotor diseluruh negara?


Mungkin pihak berkenaan harus mengadakan suatu pertandingan untuk mengenalpasti negeri mana yang paling bersih dan negeri mana yang paling kotor.

Kalau ini dapat dilakukan, Selangor Darul Ehsan akan menang hadiah untuk negeri yang paling kotor dan busuk dengan terdapat banyak kawasan diseluruh negeri yang kotor dengan lampu jalan dicuri dan jalanraya berlubang serta sampah dibuang dimerata tempat dan tempat letak kereta dijadikan kawasan untuk gerai dan restoran.

Dan terdapat banyak gerai yang dibuka di tepi jalan secara haram. Lebih teruk dari itu terdapat pembakaran sampah di kawasan perumahan dan kawasan awam serta kampung seperti di Hulu Langat.

Jadi apa sahaja yang boleh dibanggakan oleh Menteri Besar dan ahli exconya serta ADUN atau ahli dewan negeri yang beria-ia mahu bertanding dalam pilihanraya dan menang sedangkan mereka tidak tahu untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab sendiri, untuk menjaga kawasan yang tidaklah begitu besar.

Masih mahu undi Pakatan untuk Selangor? 

K7L : Mereka tak ada rasa tanggungjawab.. kenapa pilih?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk