25/02/2016

Contoh Berita Palsu Yang Dibuat Manusia Tak Ada Kerja!



Hari demi hari, pelbagai teknologi canggih dicipta bagi memudahkan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Daripada peranti-peranti berteknologi tinggi sehinggalah penemuan saintifik yang mengubah masa depan dunia, semuanya memperlihatkan kebijaksanaan manusia untuk menentukan survival mereka.

Lebih menakjubkan, teknologi-teknologi yang dicipta ini adakalanya melangkaui imaginasi umat manusia yang tidak mungkin kita gambarkan sebelum ini. Jika 20 hingga 30 tahun dahulu, kita diperkenalkan dengan internet, kini dunia pula dilanda dengan penggunaan media sosial yang kian berpengaruh dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat. Dengan hanya menekan punat pada perantinya, apa sahaja boleh dilayari dalam sekelip mata.

Manusia kini semakin bijak, lebih bijak daripada zaman datuk nenek terdahulu. Lebih bijak hinggakan ada kalanya kebijaksanaan yang dimiliki itu menyebabkan mereka ini terlalu alpa dan terikut-ikut dengan peredaran semasa.

Begitu kuat sekali pengaruh teknologi-teknologi yang canggih hinggakan manusia seolah-olah terpaksa berlumba-lumba untuk mendapatkannya bagi memastikan masing-masing tidak ketinggalan zaman.

Di sebalik kebijaksanaan dan kecerdikan itu, timbul satu sikap yang dilihat kurang menyenangkan dalam diri mereka apabila masing-masing terlalu taksub dengan penyebaran maklumat secara sewenang-wenangnya.

Dewasa ini, platform untuk berhubung antara satu sama lain begitu mudah. Adanya kemudahan media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter mahupun Instagram membolehkan manusia bertindak sebagai "world citizens" dan menjadi wartawan rakyat.

Bermacam-macam mesej diterima dan disebarkan kepada rakan-rakan mereka seolah-olah apa yang diterima itu benar-benar belaka. Akan tetapi, dalam keghairahan menyebarkan mesej-mesej tersebut, mereka mungkin terlupa dan tidak sedar bahawa bukan semua mesej yang disampaikan di media sosial adalah sahih belaka.

Beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini seperti penyebaran khabar angin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan oleh segelintir penulis blog tidak bertanggungjawab, penyebaran bahawa pihak kerajaan cuba menahan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini dan juga penyebaran berita kematian palsu seorang pemimpin pembangkang jelas membuktikan kebijaksanaan yang dimiliki itu adakalanya disalahguna untuk tujuan yang tidak bermanfaat.

Kita tidak salahkan penyebaran berita-berita kepada orang lain selagi penyebaran yang dilakukan itu dibuat dengan cara yang baik. Bagaimanapun, apabila penyebaran berita itu dibuat dengan niat untuk memporak-perandakan keadaan, untuk mengaibkan orang lain, maka perbuatan sedemikian perlu dihentikan segera.

Gunakan kebijaksanaan dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Pencipta untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Dalam konteks ini, pastinya rakyat perlulah bijak menilai sesuatu maklumat dan memastikan intipati maklumat yang diterima benar-benar sahih dan boleh dipercayai agar ia tidak memberi aib kepada diri kita sendiri dan orang lain.

Agak menyedihkan untuk memerhatikan gelagat sesetengah rakyat yang masih degil dan beria-ia menyebarkan maklumat yang diterima dari media sosial kepada rakan-rakan mereka secara terburu-buru. Dalam hal ini, PDRM mahupun SKMM sudah pun berkali-kali mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika menerima sebarang maklumat yang diragui.

Justeru, apabila nasihat dan teguran sudah diberikan, soal untuk menyalahkan kerajaan kerana tidak memantau media sosial tidak berbangkit. Yang pasti, semuanya ini memperlihatkan sikap atau takuk pemikiran rendah yang dimiliki oleh rakyat yang nyata lebih berminat dengan penyebaran khabar angin yang tidak berasas.

Bagi kumpulan manusia ini, khabar angin adalah segala-galanya. Khabar angin juga umpama senjata utama mereka untuk melaga-lagakan pihak tertentu. Bukankah ini bertentangan dengan apa yang telah diajar oleh guru-guru sekolah semasa zaman muda dahulu?

Jadi, dalam hal ini, apakah ini bermakna bahawa segala apa yang diajar oleh guru-guru sekolah kita dahulu sudah gagal? Ataupun sistem pendidikan negara yang harus dipertikaikan dan menjadi penyebab kepada gejala ini? Mengapakah juga rakyat Malaysia dilihat tidak mendengar arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung perkara yang dimaksudkan?

Nasihat penulis kepada pengkritik di luar sana ialah teliti dan semak terlebih dahulu sebelum menyebarkan apa-apa maklumat. Kita memahami sikap dan keghairahan seseorang untuk menghabiskan sesuatu cerita dengan cepat tapi amatlah merbahaya jika butiran penyebaran mesej itu salah dan tidak tepat.

Oleh yang demikian, jika rakyat kita masih terikut-ikut dengan takuk pemikiran sebegini, maka selagi itulah usaha-usaha berterusan pihak berkuasa untuk mendidik masyarakat akan menemui jalan buntu. Tanggungjawab untuk mendidik masyarakat tidak harus disandarkan pada bahu kerajaan semata-mata tetapi rakyat juga harus memainkan peranannya.

Rakyat perlu sedar dan bangkit daripada trend yang tidak sihat ini. Mereka boleh memainkan peranan tersendiri dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih. Sebaik-baiknya ambil inisiatif untuk merujuk dahulu berita-berita sebegini dengan pihak berkuasa sebelum menyebarkannya.

Mutakhir ini, terdapat ramai orang 'gila' di luar sana yang dahagakan publisiti. Orang-orang 'gila' berkenaan tekad untuk menyebarkan berita-berita yang tidak sahih kepada orang lain biarpun menyedari penyebaran itu adalah salah dan memudaratkan.

Pihak sebegini sesungguhnya tidak harus diberikan ruang langsung untuk terus bermain-main dengan penyebaran berita yang tidak sahih. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti SKMM dan PDRM ialah untuk terus mendidik golongan rakyat agar sentiasa menjadi seorang warganegara yang berintegriti, jujur dan amanah. Jika ada keperluan untuk menghukum golongan yang jahil ini, maka tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi.

Sehubungan itu, kepada mereka yang masih beria-ia untuk menyebarkan maklumat, ingatlah apa yang ditulis atau dimuat naik ke dalam laman sesawang akan kekal buat selama-lamanya. Ini bermakna, "what goes online, stays online."

Disebabkan ruangan ini adalah terbuka dan boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia, sebarang tindakan tidak bertanggungjawab anda boleh memberi kesan kepada pihak lain. Juga, ketika melakukan sesuatu perkara, haruslah seseorang itu memikirkan kebajikan pihak yang lain. Banyak ketikanya, aspek ini sering dilupakan dan terlepas pandang. Dalam dunia yang cukup kompetitif ini, manusia tidak boleh bergantung kepada diri sendiri untuk survival tetapi juga bantuan daripada orang lain.

Pastinya juga, kita tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir berlaku di negara ini. Terma undang-undang rimba seperti mana yang kita pernah dengar selama ini tidak harus dibiarkan bertapak di negara ini kerana ia bukan acuan dan budaya masyarakat Malaysia.

Sebaliknya, acuan dan budaya masyarakat Malaysia yang dimaksudkan itu lebih menjurus kepada sikap tolak-ansur, rasional, peramah dan kesaksamaan yang menjadi tunjang utama kepada keharmonian negara sejak sekian lama. Inilah elemen-elemen utama yang wajar dipertahankan.

Moral di sebalik artikel yang panjang lebar ini ialah untuk menggesa rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab dalam tingkah laku mereka ketika menggunakan media sosial khasnya dalam menentusahkan mesej yang disebarkan itu. Biarpun cabaran untuk mendidik semua rakyat Malaysia adalah sukar dan memakan masa, akan tetapi perjuangan tersebut tidak boleh terbengkalai di pertengahan jalan. Kesukaran yang dihadapi ini juga tidak harus mematahkan semangat pihak berkuasa seperti SKMM dan PDRM untuk meneruskan program advokasi mereka yang akan memberi impak jangka panjang kepada semua pihak.

Sumber : Malay Mail
K7L : Kena faham konsep Tabayyun..

2 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
      Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
      KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

      *angka ritual gaib singapura

      *angka ritual gaib hongkong

      *angka ritual gaib malyaisia

      *angka ritual gaib sidney

      *angka ritual gaib kuda lari.

      Delete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk