03/02/2016

@HishammuddinH2O Tepati Janji Anak Tentera Naik Bas Ke Sekolah!



Warga ATM menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato' Sri Hishammuddin Hussein di atas keprihatinan beliau mengenai risiko dan ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi setiap hari buat pelajar-pelajar sekolah dari kalangan anak tentera. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar bagi anak-anak tentera tidak seperti para pelajar sekolah di luar kem tentera yang pergi dan pulang dari menuntut ilmu menggunakan bas sekolah yang jauh lebih selesa berhawa dingin dan diyakini selamat. 

Menerusi pembentangan Bajet 2016 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lepas oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM17.304 bilion untuk Kementerian Pertahanan bagi menambahbaik kos Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan. 

Dalam kenyataan media DS Hishammuddin berhubung Bajet 2016 yang diumumkan, ternyata pihaknya dan warga ATM gembira dan menyambut baik meskipun negara sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar, namun agenda-agenda dan projek-projek pertahanan yang dirancang Kementerian Pertahanan terus mendapat mendapat pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan melalui Bajet yang dibentangkan kali ini. 

Antara fokus utama pihak Kementerian adalah melibatkan kebajikan anggota, keluarga dan veteran. Salah satu daripadanya adalah penggunaan trak tentera membawa pelajar-pelajar ke sekolah. 

DS Hishammuddin melihat sendiri akan keutamaan keselamatan ahli keluarga tentera, maka beliau telah mencadangkan agar penggunaan trak tentera digantikan dengan penggunaan bas sekolah. 

Tahniah Menteri Pertahanan kerana berjaya mentransformasikan pengangkutan anak bangsa menimba ilmu dengan cara yang lebih selamat dan selesa. Semoga usaha kecil ini dapat membantu mengurangkan kekhuatiran ibu bapa para pelajar. 

Dalam masa yang sama keyakinan anggota keluarga tentera terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional akan tetap terus utuh bersama selamanya.

K7L : Kita cakap kita buat..

1 ulasan:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada
    seluruh TKI/TKW yang bekerja di negeri orang ,tentang pengalaman saya,,
    saya IBU YANI seorang TKW DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
    sempat saya putus asa, apa lagi suami dengan keadaan sakit2tan
    dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
    Kebetulan saya buka-buka INTERNET mendapatkan
    nomor MBAH WASTUH katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
    hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya saya coba dan minta
    angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
    luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
    hubungi MBAH WASTUH di nomor ( 0853 7778 4848 ) silahkan anda buktikan sendiri
    demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk