24/02/2016

1100 Ekar Tanah Bernilai RM12.5B - Kemana Pergi Wang Itu?



Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini. Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang.

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding.

Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

K7L : Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk