22/02/2016

Husam Menanti Untuk Dipecat - Cuba Jadi Anwar Versi PAS?



Semua tanda-tanda yang ada membayangkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dipecat daripada PAS tidak lama lagi.

Husam sebelum ini didakwa 'kebal' oleh ramai penganalisis politik kerana bebas mengkritik PAS tanpa dikenakan tindakan, bekas orang kuat PAS itu menjadikan pimpinan kerajaan Kelantan sebagai sasaran utama serangan-serangan beliau.

Tapi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemecatan keahlian merupakan salah satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS terhadap Husam.

Menurut beliau, tindakan lain yang boleh diambil mengikut Fasal 82 Perlembagaan PAS adalah memberi amaran, melucutkan hak dalam parti dan menggantung keahlian.

Walau bagaimanapun, Husam masih mempunyai hak untuk merayu selepas Jawatankuasa Tatatertib PAS memutuskan hukuman terhadapnya. Husam masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS sekiranya tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut

Apapun kita akan lihat sendiri, sampai bila Husam sanggup untuk jadi biawak hidup di dalam PAS. Siapa yang akan mula dahulu, PAS pecat ataupun Husam sendiri yang berjalan sendiri.

K7L : Husam jadi tukun dalam PAS?..

2 ulasan:

  1. Hussam takut kalau dia keluar dari PAS secara sendiri, baiah akan terlaksana.
    Kalau dia kena pecat dari PAS maka gugur la segala sumpah.

    ReplyDelete
  2. Hussam takut kalau dia keluar dari PAS secara sendiri, baiah akan terlaksana.
    Kalau dia kena pecat dari PAS maka gugur la segala sumpah.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk