Minyak Dah Turun, Kenapa Harga Barang Masih Mahal?” - Luahan Hati Pembeli
Jika sebelum ini ramai pengusaha, pemborong dan peruncit merungut, keadaan mereka cukup tertekan dengan kenaikan harga minyak sehingga memaksa mereka menaikkan harga barangan, namun setelah harga minyak turun, kelompok ini masih bertegas, enggan menurunkan harga barangan.
Tinjauan yang dilakukan di Pasar Besar Selangor dan di pasar basah Chow Kit hari ini, rata-rata pembeli merungut kerana setelah dua hari harga minyak diturunkan sehingga RM 0.20, harga barangan masih kekal sama. Malah ada peniag bertindak meningkatkan sedikit harga jualan mereka.
Menerusi satu temubual dengan salah seorang pembeli di pasar basah Chow Kit, beliau mendakwa, ada beberapa barang didapati telah meningkat sedikit walaupun harga pasaran minyak kini sudah menurun. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Sarina berkata, kenaikan harga barangan ini seolah-olah seperti tiada kawalan dari pihak yang berwajib.
Beliau jelas hairan, kenapa apabila harga minyak kini telah turun, secara logiknya harga barangan juga turun. Namun bagi peniaga, mereka memberikan alasan, harga yang diperoleh dari pemborong agak meningkat. Jesteru para peniaga ini tidak mempunyai cara lain selain daripada menaikkan sedikit harga barangan.
Penyamaran yang dilakukan penulis awal pagi tadi mengesahkan memang tiada sebarang penurunan harga dilakukan peniaga. Malah lebih melucukan, ada dikalangan peniaga memberikan alasan kononnya musim tengkujuh ini menghadkan bekalan yang diperolehi dari pembekal.
Apabila disoal mengenai harga minyak yang kini menunjukkan trend menurun, mereka memberikan alasan, tiada jaminan dari mana-mana pihak yang harga semasa minyak tidak akan naik sehingga mencecah RM 2.00 seliter. Jesteru, tidak salah bagi mereka untuk samada terus mengekalkan harga barangan mahupun menaikkan sedikit harga barangan.
Malah, lebih memualkan, ada yang memberikan alasan GST sebagai helah untuk mereka menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.
Jelas tindakan seumpama ini memang menekan pengguna disaat peningkatan kps sara hidup yang membelenggu saat ini. Pihak berwajib seperti KPDNKK wajar melakukan pemantauan dengan lebih kerap seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib semasa beliau merasmikan penutupan Perhimpunan Agung UMNO pada pertengah bulan lalu.
Apa yang pasti, bukan kerajaan yang mengawal semua harga barang yang ada di pasaran hari ini. Apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan hanyalah melakukan pemantauan dengan lebih kerap demi menjaga kebajikan dan keperluan pengguna.
K7L : Kena tahu hak pengguna...
rafizi pondan ni cakap bolih dengar percaya jangan. falsampah dia semua bau taik. dia ikut cara dap. nak cari idea kena masuk jamban. kawan baik dia kan tony pua. minyak turun harga..harga barang turun. kalau barang tu pak menakan dia punya..bolih lah.
ReplyDeletelagi satu..tabung haji rugi. duit dah habis. macai yang percaya keluarkanlah simpanan masing2. apa sudah jadi? tabung haji yang dikatakan rugi beri bonus 5+3 %. itu rugi tu...cer kalau untung. macai bongok melongo. rafizi tersengih dapat bonus rm25000. sebab dia tak keluarkan simpanannya. tak caye? lihat kris lok 7. alahaiii...mudahnya diperbodoh orang. masuk angin keluor asap la yeop. kah kah kah.........
wei bapak kurafat...jika begitu mudah bisa jadi kaya dengan berjudi nombor. kenapa sampai orang2 indon bersusah payah datang malaysia. sehingga ada yang terkorban dilautan. gila apaan.....
ReplyDelete