Kebocoran rahsia kerajaan perlu dikekang agar keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini dapat dipertahankan.
Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berlaku pembocoran rahsia rasmi negara yang hampir semuanya boleh mendatangkan ketidakstabilan kepada situasi politik, ekonomi dan sosial negara.
Maka, amat bertepatan cadangan hukuman lebih berat ini dikenakan ke atas pembocornya bagi mengelakkan negara daripada berdepan situasi huru-hara
Jabatan Peguam Negara menilai keputusan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas individu atau kumpulan yang membocorkan rahsia kerajaan.
Dalam satu temubual eksklusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes yang melibatkan kebocoran rahsia kerajaan dilihat semakin meningkat dan media melaporkan maklumat yang memetik daripada sumber.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara melihat kemungkinan untuk menyusun semula Akta Rahsia Kerajaan 1972 untuk menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang membocorkan rahsia, tidak terkecuali penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan mendedahkan sumber mereka.
Beliau menambah lagi, hukuman yang mungkin akan dikenakan adalah adalah berupa penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.
“Di sesetengah negara, kebocoran rahsia kerajaan merupakan satu jenayah berat. Sebagai contoh, di China pesalah akan dijatuhkan hukuman mati,” ujar beliau.
Mohamed Apandi menekankan kepada wartawan yang melanggar etika kewartawanan untuk melindungi sumber mereka boleh dianggap sebagai bersubahat.
“Kami mungkin akan mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
“Saya tak bergurau. Jika saya dapat mengemukakan 90% bukti, saya akan mendakwa wartawan, editor, penolong editor, dan ketua editor tersebut. Saya serius dan tidak bergurau. Kita sedang menghadapi kes kebocoran rahsia yang terlalu banyak di Malaysia.
“Hak untuk tahu tidak diluluskan oleh perlembagaan,” Mohamed Apandi berkata, dan menambah bahawa ianya akan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara jika rahsia kerajaan dibocorkan.
Tambah beliau lagi, kerajaan akan ‘tumbang’ jika semua rahsia kerajaan dibocorkan kepada umum.
K7L : Nah! Memang itu hukuman paling bagus untuk mereka...
admin ni spesis bangla ke?
ReplyDeletesebat 10 tahun mana ada akta..sebatan di sebut 10 sebatan..bingai tahap ahmad bashah
kalau 10 sebatan dan penjara seumor hidup ada laa..bodoh!!!
kalau sebat 10 tahun tu macamana? hari2 sebat sepanjang 10 tahun ke??
ReplyDeletehang sekolah mana?
ReplyDeleteApa itu RAHSIA NEGARA..........?????
ReplyDelete1MDB......????
RM2.6 BILLION..........????
DUit derma 2.67 billion kah.......???/
Penderma-penderma 2.67 billion.......?????
Jam tangan Richard Miller Rosmah......????
POTONG KAPARA LAGI BAIK. INI MACAM ORANG TAK MAU SIMPAN. ITU KITUL MACAM. TAPI ARRR...JANGAN TELBULU BULU....
ReplyDelete