17/02/2016

TPM Cabar Belia Buat Kerja Warga Asing?


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar belia untuk menggantikan pekerjaan warga asing jika mereka dihantar pulang ke negara asal.

Timbalan Perdana Menteri mengajak agar belia berfikir secara realiti bahawa negara perlukan tenaga kerja bagi membangunkan ekonomi.

“Realitinya adalah ekonomi harus dibangunkan, apabila ekonomi dibangunkan, ia perlukan tenaga kerja,” katanya sewaktu berucap merasmikan program Majlis Belia Selangor, di Intekma, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid juga menjelaskan tidak ramai anak muda mahupun belia yang sanggup bekerja dalam sektor 3D, iaitu ‘dangerous’, ‘demeaning’ dan ‘dirty’.

“Secara idealnya kita mahukan semua pekerja dari atas hingga hingga ke bawah adalah rakyat Malaysia. Tetapi berapa ramai yang sanggup bekerja dalam sektor 3D?

“Berapa ramai belia yang sanggup bekerja di restoran mamak? Berapa ramai yang mahu bekerja di kilang perabot, kerana kilang perabot memerlukan 160 ribu orang pekerja?

“Mereka (majikan) mengadu ambil rakyat Malaysia dengan memberikan gaji minima, caruman pekerja, dan juga bonus, tetapi rakyat Malaysia hanya bertahan sebulan,” kata beliau lagi.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri itu juga melontarkan soalan buat kira-kira 1,200 orang belia Selangor.

“Saya mahu cabar belia ceburi apa sahaja bidang cuci longkang, kutip longkang, kutip buah, dan juga cuci bangunan,” jelasnya.

K7L : Belia akan buat?.. 

2 ulasan:

  1. Beribu-ribu belia Malaysia yang SANGGUP berator untuk keluar masuk Singapura itu buat kerja APA....???
    Pokoknya, bukan mereka tak sanggup buat kerja 3D tapi upahan yang mereka terima yang menentukannya.
    Adakah semua bangla itu pekerja yang berdisiplin.....?????
    Cuba orang yang bercakap ni pergi ke taman-taman rekriasi di kawasan perumahan, tengok, siapa yang ramai duduk bawah pokok, pondok dan surau dekat taman tu yang terbaring atau berborak-borak.....??????
    Antara pekerja Bangla dan Indon, pekerja Indon jauh lebih rajin dan berdisiplin. Ini saya lihat sendiri ketika saya buat renovation rumah saya. Pekerja bangla kuat mengular. Buat kerja ala kadar - amb il contoh kutip sampah. Mereka pakai campak sampah ke lori, sampah bertaboran sepanjang jalan. Mereka pemalas sebenarnya. Bukan saja pemalas, panjang tangan. Barang-barang kita pantang letak kat luar, semua hilang sekelip mata. Semua jadi bahan jualannya. Dia akan menyelongkar bawah tangga di kawasan belakang rumah di taman-taman. Tak boleh langsung letak barang-barang kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk