02/02/2016

Harakah Mula Akui Kes Khalwat Mat Sabu Benar Belaka?


HarakahDaily melaporkan kes khalwat Mat Sabu dengan cuba menyalahkan parti lawan padahal artikel mereka ini mengkhususkan kepada mendedahkan kes khalwat tersebut.


Di antara laporan HarakahDaily ialah,

Mohamad Sabu yang terkenal sebagai Mat Sabu yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah ditangkap khalwat dengan isteri pemandunya, Norma Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Lidah PAS itu juga melaporkan bahawa Allahyarham Nik Aziz menyifatkan isu ini sebagai konspirasi politik tetapi Presiden PAS ketika itu, Allahyarham Fadzil Mohd Noor menegaskan bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas Mat Sabu.

Di pihak PAS, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah tetapi pada 21 Februri 1995, jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambill tanggungjawab dalam isu ini. 


Bahkan PAS pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan.

Yang kita tahu ialah Mat Sabu bukan lagi dalam parti PAS. Dan jika Mat Sabu masih berada dalam PAS, apakah HaprakDaily Harakahdaily sanggup menyiarkan artikel itu? Sudah tentu tidak.

Inilah yang dipersoalkan apabila puak PAS mengimbas kembali kes yang tidak diketahui oleh generasi muda hari ini dan hampir dilupai oleh mereka yang masih ingat lagi dengan kes yang mengheret Mat Sabu ke dalam mahkamah.


Banyak cerita dan berita tentang isu khalwat ini yang masih wujud dalam media sosial dan ada yang lebih detail daripada di atas. Anda boleh cari dalam google.search.

Di antaranya, selepas dicekup, Mat Sabu mendakwa 'tertinggal ubat" di rumah kawannya. Dan sebab itu Norma datang ke bilik 121 untuk menghantar "ubat yang tertinggal" itu.


Dilaporkan juga bahawa 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit! Walaubagaimana pun, Mat Sabu terlepas kes ini kerana pendakwaraya tersilap nombor bilik hotel!

Kenapa lidah rasmi PAS ini begitu berminat untuk memperingati 20 tahun kes khalwat Mat Sabu? Untuk dikaitkan dengan tindakan Mat Sabu yang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai 'Al-Juburi' ?

Atau kenyataan Mat Sabu terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini? Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu seterusnya

Apa pun, parti serpihan PAS dan tunggangan DAP ini tidak akan berjaya.

K7L : Amanah tidak sehebat namanya...

2 ulasan:

  1. Team IT / blogger cai PREPAID-POSTPAID Berbayar Mamak Madey:

    CELAH GELEGAR

    DIN TURTLE

    OUT SYED THE BOX

    THE SCRIBE A KADIR JASIN

    KLUANGDIAMON

    JEBAT MUST DIE

    PUTRA MERDEKA

    JELAPANG.



    tp dlm semua..ini CELAH GELEGAR , PUTRA MERDEKA, KULANGDIAMOND dikira cai blogger yg paling aktif dengan purata 3-4 entry tajuk/fitnah dalam masa 24 jam, 7 hari.

    Kaedah ini supaya blog mereka sentiasa 'fresh' di update top list dlm list2 pautan, so pencacai mereka takkan putus 'bekalan' momentum fitnah dan kebencian pada Najib harus di garap setiap minit.. baru momentum benti itu kekal sampai PRU14.


    Ini strategi cai2 mamak pro mukeris madey. Pulangan lumayan jd cai dedak expired Madey.. sbb pelaburan utk jatuhkan Najib peruntukan berjuta2 RM. Sokongan dr kroni2 KLASIK MAdey.. seperti Vincent Tan, Francis Yeoh YTL, BERJAYA.. selain dr dana kekayaan 'semulajadi' Madey MamakZalim ini, dan Mukeris sendiri.. abng2nya MIrzan, Mokhzani semua taw 'anak bapak' mesti billionaire..!


    Please take note la bloggers pro UMNO BN tulen.. jgn tido.. mesti mau BIJAK.. strategik.. melawan PR dan puak MAdey MamakZalim ini.. mereka nk ranapkan UMNO dr dalam korang tido byk sgt!

    ReplyDelete
  2. Brpa bnyk kes moral ahli PAS yg dihalalkan oleh Niki Jis termasuk ahli DAP Bkt Lanjan. Baiknya Niki Jis ye.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk