25/05/2016

Sekalipun Benci Tak Perlu Fitnah Sebegini!


 

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".

Kemudian beliau ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?"

Jawab beliau, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.


Ghibah maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan menciptakan keburukan orang. Edit gambar sebegitu rupa boleh dikategorikan dalam mencipta keburukan.

Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu).

Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. Hari ini ramai yang tidak faham ghibah. Apa mereka buat adalah menyebarkan ghibah yang akhirnya menjadi fitnah.

Mengapa kerana benci sampai tidak hiraukan dosa?

K7L : Macai mesti tak boleh terima nasihat ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk