20/05/2016

PAS Tetap Akan Bertanding Di Sg Besar & Kuala Kangsar Biar 8 Penjuru Sekalipun?


  

Pas bertegas untuk meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung Jun depan. Presiden PAS menetapkan pendirian dan membuat prinsip tiada kompromi dengan Pakatan Harapan.

Paling menarik tatkala DAP desak beri kerusi pada PAN dan Azmin sibuk ugut supaya jagan letak calon, Datuk Seri Abdul Hadi berkata Majlis Syura parti itu telah meluluskan nama-nama calon yang bakal bertanding pada PRK itu.

"Kita kalau bertanding, Pas tidak rugi, sama ada menang atau kalah, kalau menang, kita untung, kalau kalah, kita balik modal. Barisan Nasional (BN) kalau kalah, mereka rugi, tapi kalau menang, mereka balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib." - Hadi Awang

Nampaknya PKR punya ugutan ala mafia tidak berkesan kepada PAS. Kini PAS dilihat menjadi pembangkang yang tidak mengamalkan politik kebencian. Sebab itu jentera PAS dan BN boleh minum kopi bersama-sama.

Berbanding Amanah, DAP dan PKR. Mereka parti yang diterapkan dengan sifat benci. Sifat yang tidak patut wujud sesama manusia. Apapun kita akan lihat mungkin 8 penjuru sekalipun PAS dan BN tetap akan bertanding.

K7L : PAS anggap semua lalat politik dan DAP serta Amanah sebagai musuh namun BN sebagai lawan.. Undi BN paling bagus..

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Allah Maha Kuasa..
    dulu hangpa gasak lanyak UMNO sakan tak hingat punya.. skrg Tuhan bg hangpa bertelagah sesama sendiri..

    Allahu Akbarr!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk