20/05/2016

5 Adun PKR Bakal Buat Kejutan Sebentar Lagi?



Lima ADUN PKR yang sebelum ini mengambil langkah berkecuali terhadap usul dibawa Umno dalam isu penambakan laut di Pulau Pinang tahun lepas merancang untuk membuat kejutan..

Difahamkan usul tergempar terhadap isu penambakan itu akan dibentangkan bersama oleh lima ADUN PKR- Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubok), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Ong Chin Wen (Bukit Tengah).

Mereka disertai oleh Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), yang sebelum ini menyokong Umno semasa usul itu dibentangkan dan dibahaskan pada November tahun lepas. Difahamkan usul tergempar yang akan dibentangkan itu juga akan disokong ADUN BN dan lain-lain wakil daripada Pakatan Harapan.

 "Ia akan menjadi satu kejutan yang besar". - Norlela Ariffin

Kemungkinan usul itu menggesa kerajaan negeri supaya tidak meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dengan kos RM27 bilion sehingga Kajian Terpeinci Mengenai Kesan Alam Sekitar (DEIA) selesai.

Kerajaan negeri juga diminta untuk mencari alternatif lain dan bukannya dengan menambak tiga pulau buatan, untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Kini Lim Guan Eng nampak lebih tertekan.

Usul dua penggal juga mungkin ada dibawa sekali lagi. Jika perlukan pengundian maka tidak mustahil usul itu juga turut mendapat undi majoriti. Mungkinkah ini merupakan salam terakhir Guan Eng di Pulau Pinang?

K7L : Balik Melaka lepas itu tak jadi apa la...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk