26/05/2016

Masih Ingat Kisah 5 Pemimpin PKR Mahu Jatuhkan Azmin?


 

Sebelum ini Keris ada menulis :

Jeng Jeng Jeng! Ada berita daripada orang PKR. Mereka yang merupakan antara penggerak AMK memberitahu sedikit maklumat tentang apa yang sedang berlaku didalam PKR.

Kumpulan AMK ini sebenarnya adalah orang Amiruddin yang juga bersama dengan Azmin. Mereka ada menyebut beberapa nama yang dikatakan sudahpun merancang pelan memastikan Azmin tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Selain itu mereka juga menyusun untuk Azmin tidak lagi boleh menang jika bertanding apa-apa jawatan di dalam PKR. Yang paling menarik nama orang yang pernah jadi senator dan jadi timbalan menteri disebut sebagai dalang.

Siapa 5 orang terbabit? Apapun nampaknya Kartel Azmin juga bersedia untuk mempertahankan kedudukannya. Pada Keris, Azmin juga bukan orang bodoh dalam PKR yang akan biarkan dirinya terjerat.


 

Apakah mereka yang terlibat dalam 5 pemimpin yang bersepakat untuk menjatuhkan Azmin antaranya adalah Rafizi dan Wan Azizah? Siapa lagi tiga? Tiga nama yang kita sudah boleh agak juga akan terdedah dengan sendirinya kelak.

Bukti dokumen pendedahan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang ingin diserahkan kepada SPRM membuatkan kedudukan Azmin sebagai MB Selangor dan reputasi sebagai Timbalan Presiden PKR akan terjejas.

Mungkinkah Rafizi sedang menyusun dirinya untuk menjadi Timbalan Presiden PKR selepas Azmin dijatuhkan kelak?

K7L : Cita-cita tinggi si sotong ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk