25/05/2016

Azmin Marah Bila Ditanya Wartawan Dan Bersifat Menjengkelkan?



Apabila ditanya mengapa mesyuarat PH ditangguhkan sehingga dua kali, Azmin cuba menafikan perkara itu.

“Belum ada tarikh (mesyuarat Majlis Presiden),” ujarnya ringkas.

Apabila ditanya lagi, kenapa tangguh mesyuarat?, Azmin menajawab” .. kenapa tangguh? habis nak buat dengan ‘you’ ?(wartawan), no delay (tak tangguh), why rush?” soal Azmin kembali.


Apa sebenarnya yang berlaku dan memberi tekanan kepada Azmin sampaikan seorang MP/ADUN yang paling mesra dengan media menjadi biadap dan terkeluar sifat sebenar dirinya yang menjengkelkan terhadap media?

Tidak lain tidak bukan adalah kerana tikaman luar dalam kiri kanan depan dan belakang terhadap dirinya yang dalam keadaan goyah lebih-lebih lagi apabila talian hayatnya sebagai MB Selangor sudah tidak sekufu dengannya.

Kini disebabkan itu puak-puak PKR mula bergerak mengikut kartel masing-masing. Bercakaran bukan sahaja hanya di Selangor tetapi telah melibatkan seluruh ahli PKR di Malaysia.

Kartel-kartel yang ada mula mengorak langkah persediaan menghadapi pergolakan yang bakal menyaksikan 'Last Man Standing' dalam PKR. Kali ini mungkin Presiden PKR juga 'terkorban' dalam perlawanan tersebut.


Yang kita nampak hari ini adalah daripada Team Wan Azizah. Mereka bermula dengan serangan daripada Chegu Bard dan disambut oleh Rafizi. Kartel Azmin buat apa? Mereka tunggu masa.

Dalam masa yang sama dalam Pakatan Harapan iaitu Mat Sabu dan Guan Eng dilihat bersedia untuk membantu Kem Wan Azizah memandangkan mereka tidak boleh mengawal Azmin.

Mungkin sebab itu mesyuarat PH sering tertangguh? Kini Azmin dalam tekanan yang paling hebat. Malahan lebih kasar kesannya berbanding yang dirasai oleh Khalid Ibrahim, musuh utama yang dia jatuhkan melalui cara yang sama dengan dirinya.

K7L : Ini semua poyo..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk