DAP sekarang ini dalam keadaan malu besar apabila hilang kerusi yang dimenangi pada PRN-10 yang lepas. Kerusi-kerusi itu ialah DUN Batu Kawah, Meradong, Repok dan Dudong dan Piasau. Percaturan dengan meletakkan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian telah berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada parti DAP.
Sebelum ini penyandang daripada DAP yang juga calon PRN11 tidak berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dia menang dengan majoriti 543, tahun ini dia kalah teruk apabila majoriti milik BN sebanyak 2085 undi.
Dr Wong yang merupakan orang besar di Sarawak tidak dijangka langsung akan kalah. Biarpun sebelum ini dia menang bergaya dengan majoriti 2679 undi, kali ini dia kalah tipis namun masih dikira gagal mempertahankan kerusi. DAP tewas di kubu kuatnya.
Jujur Keris katakan bahawa kerusi Meradong ini merupakan 'safe seat' untuk DAP sebelum ini. Namun tidak sangka langsung BN mampu menang dengan majoriti 1516 menewaskan DAP yang dilihat 'over-confident'.
Tidak dinafikan undi kepada calon Bebas memberi kelebihan kepada BN untuk menang di kawasan majoriti Cina ini. Kisah 'Tsunami Cina' yang digembar-gemburkan suatu ketika dahulu kini hanya menjadi kisah dongeng. SUPP kekal relevan di Sarawak.
Pertembungan 1 lawan 1 yang membuatkan DAP merasa 'boleh menang' namun DAP gagal mempertahankan kerusi Piasau yang akhirnya mencalarkan maruah DAP selepas kerusi tersebut yang dikatakan juga sebagai salah satu 'safe seat' DAP.
Kini tidak ada yang mustahil jika MCA juga diterima balik pada PRU14 kelak. Jangan bagi muka pada DAP dan PKR. Lihat apa jadi pada Pulau Pinang dan Selangor? Tak kira kau melayu india cina atau apa bangsa pun, mereka tetap tindas!
K7L : Tahniah Rakyat Malaysia!...
0 ulasan:
Post a Comment