24/05/2016

Jambatan Ketiga Pulau Pinang Adalah Tidak Perlu? - #ProjekLGEMembazir



Jambatan ketiga yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut adalah tidak perlu kerana aliran trafik di jambatan kedua masih rendah. Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, jambatan kedua yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan kurang digunakan kerana pada masa ini, jambatan tersebut mencatatkan hanya 40 peratus daripada jumlah trafik.

“Kita tidak memerlukan jambatan ketiga kerana jumlah penduduk negeri ini adalah kecil iaitu kira-kira 700,000 orang yang tinggal di bahagian pulau itu dan 1 juta tinggal di tanah besar,”  - Dr Himi Yahaya

Jambatan ketiga itu akan menghubungkan Gurney Drive di George Town dengan Bagan Ajam di Butterworth, kedua-duanya kawasan sesak, dan menghubungkan kedua-dua kawasan itu akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan lebih teruk.

Sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa menggulung ucapan terima kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri berkata jika Kerajaan Persekutuan meululuskan pembinaan jambatan ketiga, kerajaan negeri akan membatalkan projek terowong dasar laut.

Guan Eng juga berkata, jambatan ketiga akan bebas tol untuk pengguna jika projek itu diluluskan. Menurut Hilmi, pembinaan jalan raya dan jambatan hanya akan mengurangkan masalah trafik untuk sementara sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.

Malah baginya satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan trafik ialah melalui penambahbaikan pengangkutan awam seperti yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP)

Tapi kalau projek yang tak beri untung kepada Lim Guan Eng, adakah dia nak buat?

K7L : Taman Manggis apa cer?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk