12/05/2016

Demo Puak PKR Untuk Anti Kerajaan DAP Di Pulau Pinang?




Nampaknya kemelut PKR di Pulau Pinang semakin meruncing. Siapa sangka baru-baru ini ada demo bantahan yang dilakukan oleh Adun PKR Bukit Tengah YB Ong Chin Ween dan Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia bersama-bersama dengan penduduk membantah pembinaan Kuarters Pekerja Asing di Perkampungan Juru , Bukit Tengah dalam Parlimen Batu Kawan.


Bantahan itu terpaksa di lakukan setelah suara mereka selama ini langsung tidak di hiraukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. PKR kini dibisukan didalam Dewan Undangan Negeri Pualu Pinang menyebabkan mereka bertindak membuat bantahan secara terbuka.

Banyak perkara yang telah disuarakan oleh penduduk sekitar tentang bantahan terhadap pembinaan kuarters pekerja asing terbabit.Antaranya adalah kerana mengambil kira faktor keselamatan, kesesakan, banjir, kerosakan rumah sedia ada akibat daripada kerja-kerja pembinaan, masalah sosial, kelemahan infrastruktur dari segi sistem perparitan yang boleh mengundang banjir kilat sekiranya hujan lebat dan jenayah.

Dianggarkan kini sudah terdapat hampir lima ribu warga asing yang telah menetap di kawasan terbabit dan suasana ini pastinya akan berubah apabila pembinaan kuarters tersebut yang mampu menampung sehingga enam ribu warga asing.


Bayangkan penduduk warganegara Malaysia di sekitar kawasan Juru sahaja dianggarkan mencecah enam belas ribu orang dan sekiranya pembinaan kuarters terbabit diteruskan mereka terpaksa berdepan dengan hampir sepuluh ribu warga asing yang bakal menghiasi kehidupan seharian mereka.

Suasana ini jelas amat tidak disenangi oleh penduduk sekitar dan kerana itulah bantahan terbabit dilakukan.Kenapa kerajaan DAP membisu ? Permasalahan ini boleh dikatakan masalah rakyat.


Tindakan membina kuarters pekerja asing di Juru adalah BUKTI betapa kerajaan DAP tidak mengihuraukan suara rakyat malah lebih teruk lagi tindakan mereka turut ditentang oleh orang sendiri yang mengaku bersahabat dalam Pakatan Harapan.

Kini DAP dilihat 'double-standard'. Paling unik di dunia kerana mereka hanya mendengar 'perbahasan' sesama mereka itupun yang telah diluluskan awal. Pemerintahan ala komunis ini masih diperlukan ketika PRU14 kelak?

K7L : Rakyat memerhati..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk