06/05/2016

Inilah Guan Eng Dan DAP - Berjanji Hari Ini Esok Kata Tidak



Tidak dapat dipastikan sama ada Guan Eng benar-benar terlupa, hilang ingatan ataupun buat terlupa bila sedar kenyataannya salah. Apabila Adenan Satem mencabar DAP untuk memansuhkan GST di Pulau Pinang.

Kenyataan balas yang dibuat Guan Eng adalah dia sendiri rasa terkejut dengan cabaran Adenan dan berkeras berkata dia tidak pernah membuat kenyataan untuk memansuhkan GST.

Kenapa dia tidak berani guna wang Kerajaan Negeri yang kononnya banyak duit sampai membazir cat jalan dengan kos tinggi untuk menampung cukai GST untuk urusan berkaitan Kerajaan dan PBT?



Sebenarnya beberapa bulan yang lepas Guan Eng ada buat kenyatan tersebut yang bertindak memansuhkan GST. Kalau nak tahu sepanjang dia bagi ceramah pun, DAP menjadikan GST sebagai satu modal untuk meraih undi.


Namun secara tiba-tiba tidak mahu pula. Kan cakap serupa biawak juga? Kalau betul berani buat macam di Sarawak. Kerajaan negeri menyerap bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat.


Mana-mana Majlis PBT di Sarawak telah melaksanakan arahan kerajaan negeri menyerap GST terhadap perkhidmatan dan bekalan bermula 1 Julai 2015. Dan mereka menanggung kos yang agak tinggi.

Guan Eng berani?

K7L : Azmin jadi bisu?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk