18/05/2016

Apa Cerita Tender Negeri Selangor Yang Chegubard Dedahkan?




1. Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, saya telah mendapat senarai dokumen projek-projek mega yang diluluskan di bawah pentadbiran MB Azmin Ali di Selangor. Ternyata banyak projek diluluskan dengan nilai yang tidak munahsabah dan cara yang amat meragukan. Namun pendedahan dokumen ini kami tangguh sehingga selesai PRN Sarawak.

2. Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta. Hanya jawapan selamat diberi kononnya projek ini adalah dari wang penderma yang didahulukan kosnya oleh kerajaan negeri, malah salah seorang Adun PKR selangor jawab kononnya ia kehendak istana.

3. MB Selangor juga gagal perjelaskan apa kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk ubah suai Masjid Shah Alam seperti kerja ganti kubah dan pejabat masjid. Apabila dibangkitkan oleh wartawan, Azmin marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan, kerana ganti kubah mahal untuk bela syiar islam.

Sedangkan Pakatan Rakyat sendiri pernah mengkritik pembaziran Masjid Kristal di Terengganu, hari ini Azmin buat hal yang sama. Persoalannya, berapa banyak institusi islam, sekolah-sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta, daripada hanya disalurkan ke sebuah masjid?

4. Kemudian SAMM dedahkan pula pemberian kompartmen balak kepada dua syarikat tanpa tender terbuka. Satu syarikat bertaraf “enterprise” (bukan sdn bhd) telah diberi tanpa tender terbuka hak membalak bernilai puluhan juta ringgit.


Selanjutnya di SINI


Apa cerita selepas pendedahan oleh Ahli PKR sendiri tentang salahlaku ini? Nampaknya Menteri Besar Selangor akan bertukar lebih cepat sebelum pilihanraya. Samada mengalah atau dikalahkan.

Kes ini sepatutnya perlu disiasat dan dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa tindakan terbaik yang perlu diambil. Ini suara akar umbi PKR yang pada Keris mesti diambil berat.

K7L : Minta tolong bekas sifu laa....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk