Kecoh satu dunia selepas berjaya membina sebuah titi di satu kawasan pedalaman Sarawak. Lim Guan Eng nampak angkuh bila memberi makluman mereka telah membina titi tersebut.
Mereka cat dengan warna merah sebagai tanda DAP yang buat. Kah Kah Kah! Nak beritahu konon BN tak buat titi. Nak kata DAP prihatin. Hati-hati rakyat Sarawak. DAP ini ibarat 'penculik kanak-kanak'.
Mereka datang dengan van putih, beri gula-gula atau asikrim kemudian pujuk sedikit sebelum diculik dan dijual. Inilah gaya politik DAP. Belum cerita bab berjanji lagi. Sebelum menang janji bulan bintang siap marikh.
Bila dah menang semua jadi tak boleh buat sebab bukan kerajaan negeri. Ini semua auta punya parti. Mereka pentingkan kerusi bukan rakyat sangat pun. Jika tidak masakan mereka boleh bertembung sesama sendiri.
Guan Eng lupa jambatan yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) bina untuk kemudahan Rakyat Sarawak tidak wajar dibandingkan dengan titi yang dibinanya. Bagi yang tidak tahu, terlupa atau buat-buat tak tahu berikut adalah 3 jambatan yang telah dan sedang dibina oleh Kerajaan BN:
1. Jambatan Batang Sadong. Sepanjang 774 meter dan merupakan Jambatan terpanjang di Sarawak dan akan menjadi pelengkap kepada laluan dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya- Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri.
Kos pembinaannya bernilai RM230 juta. Kerja pembinaan telah pun bermula pada tahun 2012 dan kini telah 91.3% siap. Dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.
2. Jambatan Batang Lupar - Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di sungai Batang Lupar, Sri Aman yang dianggarkan bernilai RM1 bilion. Pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia ini juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.
3. Jambatan Batang Samarahan - Tempoh pembinaan Jambatan Batang Samarahan akan memakan selama masa 3 tahun dan dijangka siap pada Januari 2018.
K7L : Pilih DAP dapat Titi.. Pilih BN dapat jambatan.. mahu mana satu?..
0 ulasan:
Post a Comment