Dalam ramai-ramai ahli politik, anak murid kepada Tun M dan Anwar Ibrahim ini lagaknya sangat mengarut. Secara tiba-tiba Azmin berlagak suci untuk kembali mengajak semua ke meja rundingan setelah apa yang berlaku di Sarawak.
Kini dia menonjolkan diri untuk dilihat sebagai individu yang mahukan kedamaian sekaligus menolak dirinya daripada dipersalahkan ketika membenarkan PKR Sarawak membuat keputusan untuk meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh DAP.
Tapi nak berunding apa lagi Azmin? Dulu punya tandatangan pun baru usia 3 Bulan 14 Hari pun telah dilanggar. Nak runding sekali lagi kemudian langgar lagi? Sebenarnya kini PKR dalam keadaan goyang.
Sebab apa goyang? Sebab DAP solid menang di Pulau Pinang dan PAS solid di Kelantan menjadikan kedua-dua parti itu tidak ada masalah sekiranya PKR tidak bersama namun sebaliknya ia menjadikan Azmin tidak lena di Selangor.
Kerana tanpa PAS dan DAP sudah tentu PKR tidak akan memerintah Selangor. Kerana itu jugalah Azmin memujuk PAS untuk kembali bersama walaupun ditolak mentah-mentah oleh Presiden PKR yang hanya dengar arahan daripada DAP.
Semua orang tahu apa yang PKR buat di Sarawak adalah eksperimen untuk melihat boleh atau tidak mereka melawan DAP, yang mana keputusan menunjukkan PKR sangat lemah tanpa DAP dan PAS.
Amanah? Mereka tak masuk dalam liga sebab mereka hanya layak kibar bendera dan habiskan wang pertaruhan sahaja.
K7L : Azmin sudah pening...
Azmin tak boleh jadi pemimpin sebab dia seorang suami yang dayus. Azmin sanggup membiarkan isterinya Shamsida berzina dengan Anwar semata mata ingin kekuasaan dalam politik
ReplyDelete