"Jangan sesekali mengundi cucu saya sendiri, Aziz Isa yang mewakili DAP tetapi anda undilah calon Barisan Nasional (BN) untuk menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.”
“Saya sekali lagi merayu agar masyarakat tempatan di DUN Batu Kitang untuk tidak mengundi cucu saya,”
Begitulah kata-kata Hajah Mazuin atau mesra disebut Nek Wen, iaitu nenek calon DAP untuk N.13 itu, Abdul Aziz Isa Maridon semasa ‘turun padang’ sanggup berkempen dengan calon BN, Lo Khere Chiang di kawasan tersebut.
Kenyataan berani Nek Wen itu mencetuskan banyak persoalan menarik mengenai hubungan kekeluargaan Abdul Aziz Isa dengan saudara maranya sendiri susulan tindakan DAP menamakan anak muda itu di Batu Kitang.
Hajah Mazuin atau mesra disebut Nek Wen sedang berucap di sebelah calon BN, Lo Khere Chiang (dua dari kanan).
Ada kalangan penduduk ditemui hairan bagaimana nenek atau darah dagingnya sendiri berkempen menentang Abdul Aziz Isa? Sampai begitu sekali pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen tergamak berpolitik?
Secara tersirat, bagi umat Islam yang melihat isu ini dari sudut agama pasti tertanya-tanya apakah dosa Abdul Aziz Isa kepada nendanya sehingga wanita berusia emas tersebut sendiri perlu melafazkan kata-kata sedemikian?
Difahamkan Nek Wen malah tidak redha dengan cara Abdul Aziz berkempen yang begitu kasar, kurang ajar dan keterlaluan menghina biadap pemimpin BN lain serta jauh lebih tua daripada usianya.
K7L : Aziz kalau kau menang pun.. kau menang sebagai pengkhianat..
Cara parti kiasu mengajar pengikut agar jadi kurang ajar.Budaya keterlaluan yg tidak dpt diterima oleh rakyat Swk.
ReplyDeletehahahaha...betul tu nek...belum kerja dah nak kondem kerajaan....anak muda zaman skrg....x sedar sape yg lawan untuk dapatkan kemerdekaan negara tercinta ni.
ReplyDeletetak dak harapan la dap nak menang klu mcm ni....pan tumpang risau.
ReplyDelete