06/05/2016

Dua Calon DAP Menabur Janji Yang Mereka Pasti Tidak Dapat Tunaikan?



DAP Sarawak tahu impian mereka untuk menawan Sarawak hanyalah satu angan-angan sahaja lebih-lebih lagi apabila DAP Sarawak sendiri tidak yakin Amanah mampu memenangi mana-mana kerusi dan PKR Sarawak pula tidak sehaluan dengan mereka.

Maka dengan rasa erdesak dan menyedari impian tidak akan tercapai, maka calon-calon DAP Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berjanji bulan dan bintang. Calon DAP DUN Repoh dan Meradong, Yong Siew Wei dan Ting Tze Fui, berjanji untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma dari Sarikei dan Bitangor.

Bunyi janji tersebut sangat menarik hati rakyat di kawasan tersebut namun mereka tidak mudah untuk diperdayakan. Sudah semestinya apabila kedua-dua calon ini menang, mereka akan memberi alasan kami tidak menguasai Kerajaan Negeri. 

Oleh itu tidak mustahil janji mereka tidak dapat ditepati. Ironinya janji ini dibuat hanyalah umpanan untuk Rakyat di dua Dun ini mengundi mereka. Janji yang mereka tak akan laksanakan dengan alasan tak ada kuasa.


Malahan yang lebih pelik ialah bila mana janji kedua-dua calon ini tidak termasuk di dalam manifesto DAP yang menyatakan akan menyediakan bas percuma hanya di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, tidak di dalam kawasan Sarikei dan Bitangor.

Buat apa pilih mereka yang sudah tentu hanya mampu berjanji sahaja? Kan lebih baik memilih Barisan Nasional yang mana wakil rakyat tersebut akan menjadi #TeamAdenan sekaligus permintaan rakyat akan terus sampai kepada Ketua Menteri Sarawak berbanding jika memilih DAP yang hanya akan bising tetapi tidak melaksana.

K7L : Undi BN esok!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk