19/05/2016

Perompak Mesin ATM - Masa Untuk Kita Jadi Mata Untuk Polis!



Sekumpulan perompak bertindak meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank sebelum melarikan kira-kira RM300,000 dalam kejadian di Simpang Kuala, di Alor Setar awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, suspek dipercayai menggunakan bahan letupan buatan sendiri untuk meletupkan mesin ATM itu.

"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu mendapati sekumpulan perompak yang memakai topeng memecahkan cermin bank terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rohana berkata suspek kemudiannya memasang bahan letupan pada mesin ATM sebelum meletupkannya hingga menyebabkan wang bertaburan sebelum melarikan wang dari mesin ATM itu menggunakan sebuah kenderaan.

Katanya suspek turut mengecat CCTV yang terdapat di luar bangunan tersebut bagi mengelak kegiatan mereka dirakam.

Ini merupakan salah satu daripada berita mengenai rompakan mesin ATM yang berlaku di negara kita. Secara tiba-tiba ia seakan menjadi trend untuk merompak mesin yang diketahui dalamnya sudah tentu mempunyai jumlah wang yang banyak.

Namun begitu ini bukanlah sama seperti yang kita lihat di dalam filem-filem barat. Ini bukan suatu kisah yang kita boleh ketawa untuk dikongsikan. Ini bermakna jenayah di negara kita semakin moden dan ia sangat membimbangkan.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan tidak mahu jenayah seperti ini berulang, kita jauhkan diri daripada terlibat dan sekiranya ada maklumat sila jadi mata dan telinga kepada pihak polis.

K7L : Ini bukan cerita baik..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk