09/05/2016

Selepas Taman Manggis Kini Terdedah Projek Terowong Bawah Tanah Penang?



Pelik dan aneh.Disebabkan kerakusan untuk membuat projek mega akhirnya Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin pening kepala. Semua keputusan rata-rata hanya dikawal oleh diktaktor komunis DAP.

Belum sempat Kerajaan Negeri menjawab kes rumah Banglo CM mereka, terbongkar pula kisah Taman Manggis yang mencurigakan. Kini satu lagi projek telah menimbulkan keraguan rakyat iaitu projek terowong bawah tanah.

Projek ini juga menimbulkan keraguan apabila terdapat banyak prosedur yang bertentangan dengan asal seperti pembayaran awal dan perolehan tender. Dan berikut antara antarfa 7 soalan yang perlu Guan Eng jawab :

1) Jelaskan mengapa kos keseluruhan pelbagai kajian mengenai projek itu yang pada dasarnya adalah kertas kerja, boleh mencecah sehingga RM305 juta?

2) Apakah penganugerahan untuk melakukan kajian ini dibuat secara tender terbuka? Jika ya, tolong jelaskan mengapa kajian kebolehlaksanaan awal dianugerahkan kepada pihak yang tidak melantik perunding atau pakar sepatutnya untuk melengkapkan tugas itu sebelum mengakui ia tidak boleh dilakukan.

3) Mengapa syarikat swasta itu menerima bayaran pendahuluan berjumlah RM139 juta, walaupun kajian belum disiapkan?

4) Jika kajian kebolehlaksanaan mendapati projek tidak sesuai diteruskan, apakah Kerajaan DAP negeri Pulau Pinang akan memperolehi kembali RM139 juta yang sudah dibayar?

5) Apakah syarikat swasta itu didenda kerana kegagalan menepati tarikh akhir projek yang dipersetujui?

6) Walaupun bersetuju membiayai sepenuhnya kos pembinaan, mengapa kerajaan DAP negeri Pulau Pinang bersetuju memberi konsesi tol selama 30 tahun kepada syarikat terbabit.

7) Mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju membayar dengan menggunakan 110 ekar tanah perdana di tepi laut bernilai RM6.3 bilion pada tahun 2013 bagi projek yang hanya akan disiapkan paling awal pun pada tahun 2025, dengan mengambil kira kawasan yang telah dikenal pasti ini mungkin bernilai dua atau tiga kali ganda berbanding RM6.3 bilion pada tahun 2025? Apakah ini bermakna kos sebenar projek bagi rakyat Pulau Pinang boleh melonjak tiga kali ganda dan mencecah RM20 bilion?

K7L : Jawab jangan diam je..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk