24/05/2016

PAN Sah Bertanding Melawan PAS Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar?


Selepas PAS masih berkeras untuk terus bertanding di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar, kini PAN juga telah menetapkan pendirian mereka untuk berlawan dengan PAS bagi menentukan siapa yang paling baik untuk dipilih.

PAN dilihat sangat terdesak untuk menang kerana kini kemenangan masih lagi belum berpihak kepada parti yang ditubuhkan tidak sampai setahun itu setelah mereka semua kalah dalam pemilihan PAS.

Kini pertembungan siapa lebih bagus akan berlaku di dalam pilihanraya kecil kali ini membabitkan keadaan yang sangat menarik untuk kita tunggu keputusan serta siapa yang menang.


KENYATAAN MEDIA AMANAH

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR


1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu adalah tidak mungkin Pas menarik diri.

5. Kesedian AMANAH untuk berhadapan dengan Pas di dua kerusi tersebut juga diketahui umum. Sekiranya Pas menarik diri maka ianya akan dilihat sebagai bukti bahawa Pas takut berhadapan dengan AMANAH.

6. Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut. Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.

7. AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

8. AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar.

"Harapan Baru"

KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

23 Mei 2016


K7L : Ini mesti DAP yang luluskan.. haha..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk