Belum sampai sepenggal pun lagi PKR telah berusaha untuk menjadikan nama ketiga sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Azmin samada meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan kelak.
Senario dalam politik Selangor dan PKR Pusat hari ini menjurus kepada serangan bertubi-tubi terhadap Azmin yang dilihat sebagai ancaman PKR apabila dia terus menerus membuat hubungan diplomatik dengan Mahathir yang akhirnya tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Kini persoalan yang timbul. Siapakah yang menjadi 'PKR Candidate' untuk mengisi kekosongan bagi kerusi Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR sekiranya Azmin 'disingkirkan dan ditanam' daripada terus berpolitik?
Mungkinkah Wan Azizah yang sebelum ini pernah dinamakan untuk menjadi Menteri Besar namun telah ditolak ataupun Nik Nazmi yang juga 'anak emas' Presiden PKR untuk dinaikkan sebagai Menteri Besar?
Dan pemilihan PKR yang akan berlaku pada 2017 akan menyaksikan Azmin bertembung dengan Rafizi Ramli yang mana 'favor' Anwar ketika itu akan memihak kepada Rafizi? Kita akan lihat segala macam percaturan dan kemungkinan.
Persoalannya akan terjawab dengan sendirinya andai kata semua itu berlaku kelak.
K7L : Amiruddin orang Azmin kan?..
0 ulasan:
Post a Comment