Menurut Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang. Sebanyak empat usul telah ditolak membabitkan dua yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin serta masing-masing satu usul daripada Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) dan Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah).
Choo Kiang mengesahkan usul kontroversi yang dibawa ADUN Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu berkenaan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal turut ditolak.
Yang lucunya, antara sebab penolakan usul berkenaan adalah kerana tidak dimasukkan dalam susunan mesyuarat atau ditolak kerana tidak mengikut peraturan melibatkan isu teknikal.
Difahamkan kedua-dua usul Norlela yang ditolak itu membabitkan kajian tambakan laut di selatan negeri ini untuk membina tiga buah pulau buatan.
Turut ditolak adalah usul supaya Jawatankuasa Tetap membuat rumusan peruntukan RM100,000 setahun yang diberi kepada Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dianggap tidak mencukupi untuk projek kesejahteraan rakyat berbanding kutipan melebihi RM100 juta.
Menurut sumber, keempat-empat ADUN yang ditolak usul mereka itu merupakan wakil rakyat yang dilihat ‘berhaluan kiri’ dan sering tidak sealiran dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sebelum ini kesemua ADUN PKR berkenaan telah mencetuskan kemarahan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas berkecuali dengan usul ADUN Barisan Nasional (BN) untuk menghentikan semua projek tambak laut di negeri ini.
Akibat daripada 'pemulauan undi' tersebut, perkhidmatan Chin Wen dalam syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebagai Pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd serta ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Kini PKR semakin berantakan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri ketika ini dilihat sangat lemah. Dengarnya ramai yang berkata Ketua Menteri diminta untuk berehat memandangkan isu skandalnya masih belum selesai.

K7L : DAP is finished!..
0 ulasan:
Post a Comment