26/05/2016

DAP -PAN Senada Dalam Pemilihan Calon Menjadikan PKR Diabaikan?



Apa yang berlaku didalam Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat kini adalah 'replacement' bukan sahaja pada nama namun pada kedudukan hierarki yang wujud sebelum ini.

Jika dahulu didalam PR, PAS paling macai dan diabaikan dalam banyak perkara sehinggakan PAS dilihat hanya sebagai agen penyokong bagi majlis-majlis tertentu yang memerlukan jumlah yang ramai.

Kini PKR pula diletakkan pada kasta terendah menjadikan mereka sama seperti PAS yang lalu. Ini kerana DAP dan PAN sendiri berbuat keputusan hanya sesama mereka dan PKR yang kononnya menjadi ketua selama ini hanya dipandang enteng.

Mungkinkah hayat bagi Pakatan Harapan ini akan berkubur tidak sampai kepada PRU14? Sesungguhnya kita merindui perlawanan banyak penjuru dan menjadikan DAP tidak mendapat sokongan PKR-PAS sekiranya perpecahan berlaku.

DAP yang kini hanya bersandarkan undi Melayu kepada PAN juga merasakan PKR sebagai ancaman dan tidak layak untuk berbuat keputusan biarpun kerusi Ketua Pembangkang diletakkan di atas bahu PKR.

Dalam masa yang sama DAP-PAN mengkucar-kacirkan PKR melalui orang-orang mereka untuk memastikan PKR lemah dan terencat kuasa mereka. Kini perebutan kuasa bukan lagi dengan Barisan Nasional namun sesama mereka.

K7L : Gila kuasa memang macam itu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk