20/05/2016

DAP Jangan Sibuk! - PAS Tak Layan Apa Cakap Parti Lain?



Bengang betul PAS bila DAP bising-bising supaya serahkan kerusi di Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar kepada Amanah yang menjadi wakil Pakatan Harapan biarpun PKR juga berminat.

Jangan menyibuk! Itulah yang dimaksudkan PAS kepada DAP khususnya dan seluruh komponen Pakatan Harapan yang sibu menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

DAP dikatakan tidak habis-habis meminta PAS untuk mengosongkan dua kerusi berkenaan bagi memberi ruang kepada wakil Pakatan Harapan untuk menentang Barisan Nasional. Kata Tuan Ibrahim, PAS bukan di dalam PH lagi yang perlu mengikut telunjuk atau desakan DAP.

Parti DAP sendiri kata Tuan Ibrahim tidak langsung berkompromi ketika PRN Sarawak, jadi mengapa kini mahu mengajar PAS untuk berkompromi? PKR pun tak boleh cakap banyak sebab mereka pun sama langgar janji.


Lawak betul DAP punya perangai. Dulu beria sangat buang dan hina PAS. Tak cukup dengan itu mereka maki sungguh-sunguh. Sampaikan ada 'team' yang dapat dana dari DAP untuk palam Hadi dan konco-konco.

Akhirnya mereka ajak berunding pula untuk kerusi Parlimen yang terkosong. Siap beri arahan bagai. Ingat PAS macam dulu gamaknya nak ikut cakap DAP. Mungkinkah kita akan lihat PAS juga akan melawan DAP pada PRU14 nanti?

K7L : PAS pun ada calon cina..

1 ulasan:

  1. dap hanya layak kerjasama dgn anak emasnya pan

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk