Sebelum ini PAS telah pun bertanding menentang Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon di Parlimen Sungai Besar. Kerusi tersebut dijangka akan ditandingi oleh UMNO daripada wakil BN dan PAS yang memang bertanding sebelum ini.
Namun begitu ada suara yang mengatakan ada pihak bersedia untuk bertanding di atas tiket PKR, memandangkan PKR ingin menambah bilangan kerusi parlimen bagi memastikan kedudukan dalam Pakatan Pembangkang lebih kukuh.
Manakala Amanah yang dah berjanji akan melawan dimana sahaja PAS akan lawan juga ingin mencuba nasib meraih kemenangan pertama bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar memandangkan mereka kalah teruk pada PRN Sarawak yang lepas.
Maka tidak mustahil akan wujud pertembungan 4 penjuru. Sememangnya Barisan Nasional akan mempertahankan kerusi tersebut supaya dapat terus berkhidmat dengan lancar untuk rakyat Selangor.
K7L : Amanah tu bubar jelah...
0 ulasan:
Post a Comment