24/05/2016

PAN Tunjuk Rasa Tidak Hormat Kepada Azmin Bila Mereka Lawan PRK?



Kini Azmin merasa tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh PAN. PAN telah memberitahu dunia bahawa rundingan mereka dengan PKR tidak berjaya membuktikan Azmin gagal dalam berunding.

Dalam masa yang sama PAN juga ingin meletakkan noktah kepada PKR supaya tidak masuk bertanding memandangkan PAN telah dipersetujui oleh DAP untuk berlawan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kini PAN sudah tidak hormat kepada Azmin yang dilihat gagal berunding dan kerapkali tidak berjaya.

KENYATAAN MEDIA AMANAH

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR


1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

Baca penuh di SINI

Yang paling menarik mengikut kenyataan itu ibaratnya PKR menjadi agen perunding untuk PAN walhal PKR membuat ugutan untuk memastikan PKR yang bertanding di Sungai Besar.

Walau apapun cerita akhirnya kita akan lihat PAN dan PAS akan berlawan dan siapa yang hilang wang deposit, dialah kalah dan mungkin akan terus dihina sampai bila-bila. Dengar cerita calon PAN dan PAS di Kuala Kangsar dah keluar?

K7L : Azmin dah boleh berhenti daripada politik lah.. sama je dengan Guan Eng..

1 ulasan:

  1. Kenapa PAN perlu persetujuan daripada DAP? Jika DAP tak bersetuju macam mana cerita..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk