17/05/2016

Billboard Raya Azmin Dah Naik? - Berapa Ribu Mark Up Untuk Raya?



Selamat Hari Raya! Jeng Jeng Jeng! Ini apa punya gelojoh nak raya? Ramadhan mula pun belum dah sibuk naik billboard ucapan Selamat Hari Raya? Tak hormat bulan Islam betul. Menurut maklumat dari blog CTS :

KAMI menerima beberapa keping gambar yang dikirim Oleh Umat Islam Di Daerah Dengkil. Rata-Rara Umat Islam Di Dengkil sangat marah kerana Azmin Ali telah menaikkan Iklan Raksasa SALAM AIDUL FITRI sejak Bulan April lagi, Walhal Puasa Masih Ada dua Bulan lagi Dari Bulan April.

Dalam aduan Itu, Umat Islam Di Dengkil meminta supaya Papan Tanda Raksasa Itu diturunkan kerana tidak menghormati Kesucian Bulan Ramadan yang belum pun tiba.

Persoalannya, siapa Kontraktor Papan Iklan Itu Dan siapa yang luluskan ? Macam Ada unsur Rasuah? SPRM sila siasat!

Sekian sahaja Kami terbitkan aduan Umat Islam Dengkil yang terganggu dengan Iklan Itu.



Tahu apa yang Keris teka? Ini semua pakai duit kalau nak naikkan. Kalau keluar kos sebenar untuk billboard ini jangan terkejut kalau harga tender tak seiring dengan kos sebenar.

Kenapa naik awal? Duit raya atau duit sebelum turun dari kerusi empuk? Mana tahu kalau PAS buat gerakan mahu tumbang PKR di Selangor. Jadi sakau siap-siap nanti tak cukup pula duit raya?

K7L : Dasar penyamun...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk