23/05/2016

Nik Abduh Sound Azmin Ali Manusia Kurang Ajar?



Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam parti’ yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),”Nik Abduh


Dalam video dibawah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.



  

“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

“Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden,”
- Azmin Ali 

Kini Azmin bukan sahaja berhadapan dengn musuhnya dalam PKR, dia juga sedang menambah bilangan musuh sedia ada yang menyaksikan Pemuda PAS pula masuk gelanggang.

K7L : Azmin dan Guan Eng kini dah boleh letak jawatan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk