31/07/2015

Hanya Penjara 12 Bulan Jika Kerat Bayi Dan Buang Dalam Tandas?



JITRA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - Bernama

Rata-rata ramai yang kata benda ini tidak setimpal. Sepatutnya hukuman diberikan boleh mengajar pesalah dan dalam masa yang sama memberi amaran kepada yang lain jangan buat perkara yang sama.

Tetapi Keris rasa mesti ada sebab tersendiri mengapa mahkamah berbuat keputusan sebegitu. Keris juga berpendapat peluang kedua patut diberi kepada pesalah. 12 bulan dalam penjara pun dah terseksa.

K7L : Manusia bisa melakukan kesilapan..

30/07/2015

@rozaidijamil Sebagai Senator - Apa Salahnya?



Persoalan juga timbul sama ada wakil artis di dalam Dewan Negara akan dikekalkan ataupun tidak memandangkan kini telah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa diri mereka sebagai wakil kepada suara para penggiat seni.

Telah dilantik Senator daripada kalangan artis. Namun selepas Jins tamat tempoh dan dilanda penyakit alzheimer atau hilang ingatan, tiada wakil yang dipilih bagi menganti tempat senator itu.

Jadi Keris melihat kepentingan untuk meletakkan seseorang yang mesra Kerajaan dan terlibat dalam kepimpinan NGO dari kalangan seniman, maka amatlah baik sekiranya Zed Zaidi yang dilantik. 

Dengan pengalaman dan juga keterlibatan beliau dalam politik seiring dengan dunia seni, Keris yakin dia lebih arif dan layak berada dan berhujah didala dewan negara. Bukan kata yang lain tidak layak, namun kedudukan dan pengalaman amatlah penting. 

Lantikan sebagai Senator terutamanya daripada kalangan artis perlu cakna dalam pelbagai aspek. 'Balancing' suasana di dalam Dewan Negara serta menyampaikan suara anak-anak seni didalam Dewan Negara memerlukan keberanian dan kelebihan. 

Jadi tidak salah bukan sekiranya Zed Zaidi dilantik sebagai Senator?

K7L : Zed pun tak kenal Keris.. jangan ada tuduh macam-macam ya?..

Harap Banteras Judi Dengan Betul - Jangan Klimaks Awal!



Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PRDM) membanteras aktiviti perjudian habis-habisan.

Beliau juga memberi amaran keras kepada kepada anggota polis yang cuba memberi perlindungan kepada pusat perjudian dengan mengatakan tindakan keras akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

"Saya memberi amaran mana-mana pegawai polis, anggota polis atau mana-mana individu sama ada mewakili NGO, mahupun individu beri perlindungan kepada rumah judi, mereka akan tidak pernah terlepas tindakan daripada pihak KDN," kata Zahid.

Zahid yang mengulas lanjut berkata, beliau mahu sarang perjudian ini diperangi habis-habisan kerana dengan aktiviti perjudian akan merosakkan akhlak anak muda zaman kini yang senang terjebak ke kancah itu.

"Aktiviti perjudian ini boleh merosakkan remaja, golongan berpendapatan rendah dan menyebabkan keluarga menjadi retak, porak peranda.

"Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang setuju aktiviti judi berleluasa," katanya.

Oleh itu, Zahid berharap rakyat memberi sokongan kepada pihak polis dan KDN dalam membasmi aktiviti perjudian yang merosakkan kehidupan rakyat.

Beliau juga berharap, semua ketua polis di seluruh negara dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan KDN dan dapat memainkan peranan masing-masing bagi membanteras aktiviti perjudian ini.

"Saya harap ketua-ketua polis di seluruh negara menepati arahan KDN," ujarnya.

Zahid yang baru memulakan tugas baru sebagai Timbalan Perdana Menteri memberi pengumuman gembira kepada anggota polis dengan mengatakan beliau akan memberi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan di perumahan polis.

"Saya baru mulakan tugas pertama sebagai TPM dan InsyAllah saya akan berikan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk kawasan perumahan polis," katanya. -Utaranews.com-

Rakyat nak betul-betul jadi. Kita tak mahu dengar ucapan berdegar-degar kemudian klimaks awal. Opsss. Ini bukan hentam TPM tapi pesanan kepada orang-orang TPM supaya semua itu berjalan dengan baik.

Alang-alang nak seluk, seluk betul dalam. Hari ini orang Melayu banyak ada masalah dadah. Kita harap TPM banteras juga aktiviti dadah. Mungkin juga boleh kuatkuasakan serbuan pada kelab malam dan tangkap mereka yang minum arak sekali?

K7L : Bagi masa pada TPM..

29/07/2015

Apa Kata Tan Sri Muhyiddin Pagi Tadi Kepada Ahli UMNO?



Penuh gila kata rakan yang pergi ke sana pagi tadi. Wartawan terlalu ramai termasuklah penyokong. Semua orang nak dengar apa kata TSMY. Dan Keris yakin pihak media terutaman media pembangkang mengharapkan satu ucapan yang memberi impak negatif kepada Perdana Menteri.

Ekoran Perdana Menteri membuat keputusan yang bersejarah dengan menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Timbalan Presiden UMNO, dilihat sangat sensasi dan panas.

Berita pasal TSMY macam goreng pisang panas. Sebab itu media pembangkang terutamanya cuba provok TSMY untuk mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman namun mereka gagal. Apa kata Timbalan Presiden UMNO?

"Saya Akan Terus Berkhidmat Melalui Timbalan Presiden UMNO. Kepada Semua Penyokong Keutamaan Kita Ialah Parti. Janganlah Melakukan Perkara-Perkara Yang Boleh Memecah Belahkan Kita,Saya Akan Terus Menyokong YAB Presiden Dan MT Untuk Terus Memperkukuhkan Parti". - Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO

 

Maka penerimaan rakyat amatlah penting. Perubahan ini memang meresahkan serta menimbulkan pelbagai persepsi. Semoga Allah melindungi Malaysia dan sila tolak segala fitnah.

K7L : Jangan biarkan pembangkang ambil kesempatan..

Waspada Dengan Empat Makanan Ini? #InformasiKesihatan



#Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. 

Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. 

Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

#Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.

Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser).

Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

#Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. 

Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. 

Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

#Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.

Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

K7L : Keris hanya kongsi info sahaja...

28/07/2015

3 Sebab Kenapa The Edge Digantung?


 

Penjelasan telah diberikan, cuma tinggal kita nak terima atau tidak je. Pada Keris, memang patut digantung sebab cuba 'hancurkan' keharmonian negara dengan persepsi yang agak negatif.

Hari ini Media bermain persepdi namun pembaca bersetuju dan percaya bulat-bulat. Jadi untuk mengawal keadaan, bagi mereka rehat dahulu. The Edge bukanlah medan pembacaan yang baik.

Sejarah dah tulis The Edge suka tulis persepsi dan suka negatifkan cerita. Jadi apa salahnya?

K7L : Jangan campur hal negara orang..

Rombakan Kabinet - Perubahan Drastik Yang Dinantikan Rakyat?



klik untuk besarkan

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan - YAB DS Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN - YAB DS Dr Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan - YB DS Liow Tiong Lai
Timb. Pengangkutan - YB Dato Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan - YB DS Subramaniam
Timbalan - YB DS Dr. Hilmi Yahya

Menteri JPM - YB Dato Mah Siew
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - YB DS Nazri Aziz
Timbalan - YB Dato Mas Ermyiati

Menteri Pertahanan - YB DS Hishamuddin
Timbalan -YB DW Mohd Johari Baharom

Menteri MITI - YB DS Mustapha Mohamad
Timbalan - YB Dato Ahmad Maslan dan YB Senator Dato Lee Chee Liong

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan AIr - YB DS Maximus Ongkili
Timbalan - YB Dr James Dawos Mamat

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - YB Dato Amar Douglas
Timbalan - YB Dato Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Tani - YB DS Shabery Cheek
Timbalan - YB DS Haji Tajuddin Abd Rahman

Menteri KKLW - YB DS Ismail Sabri
Timbalan - YB Dato Alaxender dan YB Dato Ahmad Jazlan

Menteri Kewangan II - YB DS Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan - YB Datuk Johari Abd Ghani dan YB Datuk Chua Tee Yong

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi - YB Datuk Wilfred
Timbalan - YB Datuk Dr Abu Bakar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB DS Hajah Rohani
Timbalan - YB Datuk Hajah Azizah dan YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya - YB DS Fadhilah Yusof
Timbalan - YB Dato Rosnah Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia - YB DS Richard Riot
Timbalan - YB DS Haji Ismail

Menteri WP - YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - YB Loga Bala

Menteri Pengajian Tinggi - YB DS Idris Jusoh
Timbalan - YB Datuk Yap Kain

Menteri Luar - YB DS Anifah Aman
Timbalan - YB DS Reezal
Menteri JPM - YB Datuk Joseph Entulu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - YB Datuk Dr Wan Junaidi
Timbalan - YB Datuk Ir Haji Hamim

Menteri Pendidikan - YB DS Mahadzir Khalid
Timbalan - YB P Kamalanathan

Menteri Belia dan Sukan - YBKhairy Jamalaluddin
Timbalan - YBDatuk Saravanan

Menteri Komunikasi dan Multimedia - YB DS Panglima Dr. Mohd Salleh Keruak
Timbalan - YB Dato Jailani Johari

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - YB Dato' Abdul Rahman Dahlan
Timbalan - YB Dato Halimah Mohd Sadique

Menteri KPDNKK - YB Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan - YB Datuk Paduka Ahmad Bashah

Menteri JPM - YB DS Jamil Kamil Baharoom
Timbalan - YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi

Menteri JPM - YB DS Azalina , YB Dato Ir. Wee Ka Siong, YB DS Wanid Omar, YB Puan Hajah Nancy, YB DS Shahidan Kassim, YB Senator Paul Lo, YB DS Idris Jala, YB DS Panglima Joseph Kurup, YB Dato Josep Entulu,

Timbalan Menteri JPM - Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri KDN - Datuk Nur Jazlan dan Tuan Masir Anak Kujat


K7L : What's Next?..

Akhirnya - Gani Patail 'Berjaya' Digantikan Dengan AG Yang Baru!





Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah ditamatkan perkhidmatan beliau berkuatkuasa 27 Julai 2015 kerana atas sebab-sebabkesihatan yang tidak dinyatakan secara details melalui penyebaran tweet dari Bernama. 

Sumber yang sama merujuk daripada kenyataan Ketua Setiausaha Negara juga turut menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah dilantik pada tarikh yang sama sebagai Peguam Negara yang baru.

 

K7L : Banyak yang berlaku hari ini?..

27/07/2015

3 Exco PAS Dah Mula Kemas Kota Di Pejabat Masing-Masing?



TIGA Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor, iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib mungkin sudah boleh berkira-kira untuk mengemas pejabat masing-masing yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Ini kerana khidmat mereka mungkin tidak diperlukan lagi apabila PKR dan DAP bakal menubuhkan pakatan pembangkang baharu yang akan disertai oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri pun secara terbuka menyatakan yang Pas tidak akan dilibatkan langsung dalam pakatan baharu tersebut atas alasan menjadi punca 'kematian' pakatan pembangkang sebelum ini.

Lagipun, jawatan ketiga-tiga mereka boleh diisi oleh wakil rakyat Pas yang telah melahirkan kesediaan untuk lompat parti dengan menyertai GHB iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib atau mana-mana ADUN dari PKR mahupun DAP.

Sekiranya kesemua kemungkinan ini menjadi kenyataan maka Iskandar, Ahmad Yunus dan Zaidy sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Buat apa mereka berharap lagi kerana ketiadaan wakil rakyat Pas sekali pun tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor sedia ada.

Dengan 13 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP ditambah dua kerusi GHB (ADUN Morib dan ADUN Hulu Kelang) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jeffrizal Jaafar, sekiranya Mohamed Azmin Ali menggugurkan ketiga-tiga Exco Pas terbabit dan menggantikan dengan 'geng GHB', maka Menteri Besar Selangor itu telah mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"GHB merupakan satu cadangan parti baharu bagi menggantikan Pas kerana perselisihan antara Pas dengan DAP. Tetapi GHB bukanlah satu parti yang wujud sewaktu PRU-13 yang mendapat mandat daripada rakyat Selangor. Azmin tidak boleh membelakangkan rakyat yang memilih Pas sebagai sebahagian daripada parti yang mewujudkan penubuhan kerajaan negeri pasca PRU-13.

"Menteri Besar tidak boleh bermain silap mata dengan menggantikan Pas kepada GHB demi mengekalkan tubuh kerajaan negeri. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada Pas," katanya.

Sewajarnya, katanya, Azmin membubarkan kerajaan negeri dan menyerahkan semula kepada rakyat bagi memberi mandat baharu kerana rakyat sudah serik dengan Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor sebelum ini yang menyaksikan mereka dihidangkan dengan drama politik.

"Sepatutnya Menteri Besar memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat seperti menarik pelaburan jangka panjang bagi melonjak perolehan negeri seterusnya menyalurkannya kembali kepada rakyat. Atau mencari jalan penyelesaian terhadap isu air," ujarnya.

Jika Pas masih merasakan mereka mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah rakyat, mungkin suda tiba masanya untuk merealisasikan penubuhan kerajaan bersama UMNO-Pas di Selangor yang pernah dicadangkan oleh penganalisis politik, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya sebelum ini. Mereka boleh melantik bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini merupakan wakil rakyat Bebas sebagai Menteri Besar yang baharu untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri bersifat neutral.

Gabungan sebegini pernah dibuat oleh Parti Perikatan sebelum ini dan berjaya hingga negara mencapai kemerdekaan. Namun, Pas dengan 13 kerusi DUN (selepas dua wakil rakyat sertai GHB), UMNO 12 dan Bebas satu kerusi, belum cukup bagi mencapai majoriti mudah. Gabungan ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Yang menjadi persoalan, siapa dari PKR atau DAP yang sanggup menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan lompat parti dan menyatakan sokongan kepada gabungan kerajaan bersama tersebut? Atau senario politik yang 'panas' ini akan kembali dingin apabila GHB dikatakan tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Seperti kata Iskandar yang merupakan Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Selangor, beliau tidak hairan jika pelancaran parti baharu yang diasaskan oleh GHB pada 14 September ini ditangguhkan sekali lagi selepas tertangguh sebanyak dua kali.

Malah beliau juga tidak terkejut jika penubuhan parti baharu itu dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walau apa pun, kita tunggu dan lihat sahajalah bagaimana mana berakhirnya permainan politik pakatan pembangkang ini. - Utusan

Kita nak lihat, berani atau tidak Azmin buat keputusan. Kit Siang dah bagi tekanan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk terus 'benamkan' serta 'kuburkan' PAS dari berkuasa.

Peperangan PAS-DAP masih belum habis lagi. PAS dilihat tidak ofensif namun juga tidak bertahan berbanding DAP yang dilihat agresif kerana terlalu emosional apabila melibatkan PAS yang dikatakan pengkhianat.

K7L : Bagaimana pengakhiran mereka?

Ramai Setuju MAZA.COM Disekat SKMM? #ShameForMaza



PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook bertindak membuat aduan keatas akaun Facebook DR.MAZA.COM kerana dikatakan memuatnaik status-status tohmahan yang tidak disertakan bukti kukuh dan tidak masuk akal.

Aznil Hisham membuat aduan tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya page Facebook itu disekat daripada diakses oleh pengguna Internet lain.


Di dalam aduan yang bertarikh 21 Julai lalu, Aznil Hisham mendakwa sebagai seorang Mufti, Mohd Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbentuk hasutan dan menambah kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

“Beliau adalah public figure yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak ‘kurang ajar’ dengan menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir,” tulisnya dalam aduan itu memetik laporan FMT.

Selain dari memuji tindakan dari SKMM yang menyekat akses ke portal Sarawak Report baru-baru ini, Aznil juga berharap tindakan yang sama akan diambil kepada Facebook Dr Maza.com. - Siakapekeli.my

Memang patut pun. Mengarut dan mengelirukan. Dia ni jenis populis yang hanya mahukan populariti dan bercakap pun dengan harapan ada wujud publisti ataupun kontroversi. Sikap 'attention hoarse' dia tak sesuai dengan gelaran Mufti.

Terlalu tunjuk bagus dan pandai pun bukan benda yang baik. Cakap pun kadang-kadang serupa macam riak pun tak bagus juga. Siap 'sound' macam dia bagus walhal dia buat lagi teruk.

Ini bukan kali pertama Keris menulis pasal MAZA. Sebab dia ini si 'pening lalat' sikit.

K7L : Hati-hati bimbang salah faham boleh jadi lain..

Hadiah Syawal Buat Rakyat Selangor Daripada @AzminAli ?



SEMENYIH 20 Julai - Langkah kerajaan negeri­ Selangor­ yang bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan Pusat dalam perjanjian penstrukturan air dilihat memberi nafas baharu kepada penduduk di Lembah Klang.

Rata-rata orang ramai yang ditemui berpendapat ia merupakan khabar baik sempena bulan Syawal kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, keputusan itu bakal menamatkan krisis bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang khususnya kawasan yang teruk.

“Pengumuman yang dibuat mampu memberi sinar baharu kepada rakyat Selangor khususnya kawasan yang terjejas teruk akibat terputus bekalan air bersih seperti di Semenyih.

“Ini juga merupakan ‘hadiah Syawal’ kepada penduduk yang akan terlepas daripada bebanan masalah air selepas ini,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi berhubung Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak mempunyai 60 hari untuk menyelesaikan segala syarat dipersetujui kepada perjanjian utama dan apabila kesemua terma dipenuhi, perjanjian utama akan dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, Johan berkata, bagaimanapun berlaku kelewatan ekoran penangguhan yang dibuat membabitkan isu tanah sebelum ini.

“Perkara ini sudah dikaji sejak negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi. Kenapa baru sekarang mereka menyedari keperluan ini.

“Sedangkan rakyat sudah menerima­ azab dan detik sukar sehingga sembilan hari terputus bekalan air,” katanya.

Sementara itu seorang operator kilang, Norzaliza Ghazali, 32, melahirkan rasa syukur terhadap perkara itu yang dianggap sebagai sesuatu yang sudah lama dinantikan.

“Perjanjian itu sepatutnya sudah lama ditandatangani kerana melibatka­n isu rakyat serta keperluan­ dan kepentingan bersama. Tetapi saya mengharapkan selepas ini Selangor akan bebas daripada gangguan air tidak berjadual,” katanya.

Turut meluahkan perasaan sama, Noraida Yaacob, 34.

Katanya, perkara ini tidak boleh ditangguh kerana rakyat yang menerima akibat dan menanggung ekoran daripada krisis air yang berlaku.

“Saya harap sangat pemim­pin membuat keputusan sewajarnya demi kepentingan­ rakyat dan bukan taksub kepada kuasa dan politik,” katanya.

Bagi suri rumah, Rohaya Abdul Ghafur, 44, pula menganggap keputusan kerajaan negeri Selangor itu amat tepat ketika rakyat sedang menanggung penderitaan daripada krisis air yang teruk sejak kebelakangan ini.

Sementara itu bagi Aris Omar, 57, keputusan itu sewajarnya dibuat lebih awal oleh kerajaan Selangor bagi mengelakkan penduduk terus menanggung derita.

“Kita harap isu air tidak akan dipolitikkan lagi dan kedua-dua pihak perlu mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Turut berkongsi pendapat seorang peniaga, Haris Saad, 42, yang mengharapkan kerjasama itu dapat mengatasi masalah air yang kian meruncing di Selangor. - 
Utusan


Bayangkan. Time raya pun kena 'game' jugak pasal air. Sampai bila nak selesai? Azmin konon dah sign agreement tapi apa tindakan susulan? Kisah nak tandatangan perjanjian ni sepatutnya 2008 lagi dah selesai.

Daripada Keris bujang sampai dah ada nak baru nak sign. Beb! Baru sign tanpa tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri, agak-agak siapa nak ambil kisah pasal rumah tak ada air?

Sebab Azmin hanya sign agreement bila ada kepentingan, rakyat Selangor kena tahu benda tu. Nak sokong next PRU lagi?

K7L : Tolonglah serik wahai orang Selangor..

23/07/2015

MAZA Gedik Telan Balik Apa Yang Dia Ludah Pasal Claim Milage?




Agak memalukan apabila Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin akhirnya "kantoi" sendiri dengan satu status yang dimuatnaik ke laman sosial Facebooknya.

Didalam status berkenaan, Asri memilih untuk menyindir Perdana Menteri Malaysia dengan "menasihati" pemimpin politik terbabit agar tidak menggunakan agama demi kepentingan peribadi.

Malangnya, tindakan Mufti Perlis itu seolah-olah menikam diri sendiri apabila ramai netizen mempertikaikan beliau yang selalu juga menggunakan sumbangan Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) untuk meraih populariti.

Jadi sekarang jika dilihat gambar diatas, siapa yang sebenarnya suka "claim mileage" dengan mempergunakan agama?? Adakah Asri sama sahaja seperti pemimpin politik yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri?

Sewajarnya Asri berhenti dari menjadi Mufti negeri jika beliau berminat untuk bermain politik sebegini. Golongan agamawan pasti akan tercemar imejnya dengan perangai gila publisiti dari Asri.

Elok sangat pihak-pihak yang berkenaan menasihati Mufti ini supaya menumpukan tugas untuk menjaga kebajikan agama di Perlis, dan bukannya sibuk bermain Facebook sehingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah terhadap ulul amri. - Utara News


K7L : Ada cita-cita politik tapi tak kesampaian.. jaki sungguh dengan Jamil Khir?...

22/07/2015

Komen Seorang Rakyat Buat Rakyat Malaysia Lain Yang Tak Reti Bersyukur?


 

Mesti pelik kenapa Keris pilih komen sebagai artikel hari ini. Ya. Keris hanya ambil yang positif sebab ada betulnya komen tersebut. Semua ini relevan dan sangat tepat. Mungkin yang terasa akan marah lebih.


Baca dan fahami. Kat bawah ini punca mengapa komen tersebut boleh keluar.

1. Pertumbuhan Malaysia semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

Antara tahun 2009 dan 2014, pendapatan kasar Negara meningkat kepada 47.7 peratus. OECD menjangkakan bahawa ekonomi Malaysia akan meningkat kepada 5.6 peratus setiap tahun. Sebaliknya, pakar ekomoni melaporkan bahawa “Suruhanjaya Eropah meramalkan pertumbuhan pada 2015 iaitu 1.5 peratus dimana ianya menjadi kawasan pengeluaran terbaik Euro sejak 2011”. Ini bermakna Malaysia semakin berkembang pada kadar empat kali ganda dan ianya merupakan antara ekonomi terbaik di dunia.

2. Pertumbuhan ini didorong oleh Pertumbuhan Pelaburan Swasta yang kuat.

Pada 5 tahun yang lalu, pertumbuhan pelaburan tahunan telah menjangkau 2.5 kali lebih daripada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, setiap tahun, jumlah pelaburan telah mencapai rekod baru untuk Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah daripada sektor swasta. Ini menunjukkan keyakinan sektor swasta dan asas yang kukuh dalam ekonomi Malaysia.

3. Pengurangan Kadar Defisit adalah seperti yang dirancang

Pembaharuan kewangan Malaysia telah berjaya dilaksanakan, dengan defisit kewangan berkurang untuk 5 tahun yang lalu, sementara mengekalkan hutang awam pada hanya 53% daripada GDP. Kadar hutang awam ini adalah pada kadar yang jauh lebih rendah daripada beberapa negara seperi US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura. - Sambung Baca SINI

K7L : Ramai lah meroyan kalau baca...

15/07/2015

6 Fakta Yang Membuktikan Rakyat Malaysia Berada Dalam Keadaan Selesa.



1. Pertumbuhan Malaysia semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

Antara tahun 2009 dan 2014, pendapatan kasar Negara meningkat kepada 47.7 peratus. OECD menjangkakan bahawa ekonomi Malaysia akan meningkat kepada 5.6 peratus setiap tahun. Sebaliknya, pakar ekomoni melaporkan bahawa “Suruhanjaya Eropah meramalkan pertumbuhan pada 2015 iaitu 1.5 peratus dimana ianya menjadi kawasan pengeluaran terbaik Euro sejak 2011”. Ini bermakna Malaysia semakin berkembang pada kadar empat kali ganda dan ianya merupakan antara ekonomi terbaik di dunia.

2. Pertumbuhan ini didorong oleh Pertumbuhan Pelaburan Swasta yang kuat.

Pada 5 tahun yang lalu, pertumbuhan pelaburan tahunan telah menjangkau 2.5 kali lebih daripada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, setiap tahun, jumlah pelaburan telah mencapai rekod baru untuk Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah daripada sektor swasta. Ini menunjukkan keyakinan sektor swasta dan asas yang kukuh dalam ekonomi Malaysia.

3. Pengurangan Kadar Defisit adalah seperti yang dirancang

Pembaharuan kewangan Malaysia telah berjaya dilaksanakan, dengan defisit kewangan berkurang untuk 5 tahun yang lalu, sementara mengekalkan hutang awam pada hanya 53% daripada GDP. Kadar hutang awam ini adalah pada kadar yang jauh lebih rendah daripada beberapa negara seperi US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura.

4. Kami telah menghapuskan kadar kemiskinan tegar.

Mengikut kepada laporan Global Prospek Ekonomi Bank Dunia pada tahun 2014, Malaysia telah hampir menghapuskan keseluruhan kadar kemiskinan tegar kepada kurang daripada 1 peratus. Sejak tahun 2009, pendapatan kumpulan 40 peratus isi rumah terbawah telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 12 peratus, malah lebih tinggi daripada kadar purata negara iaitu 8 peratus. Kadar inflasi berada dalam keadaan yang terkawal iaitu hanya 2.4 peratus. Dan melalui pelaksanaan undang-undang gaji minimum, kami telah mengeluarkan 2.9 juta orang secara serta merta daripada miskin tegar.

5. Polisi asas liberalisasi kaum

Mengikut Bloomberg, mereka telah melaporkan bahawa Malaysia telah memudahkan peraturan yang mengawal pelaburan negara, memulakan tawaran awam dan pembelian harta, telah mengupas kembali (decades of benefit) menfaat yang banyak kepada etnik Melayu. Syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia dan perniagaan yang disenaraikan dalam negara tidak lagi diperlukan untuk mengetepikan 30 peratus daripada ekuiti mereka kepada pelabur Bumiputera. Bagi memulakan tawaran awam, syarikat-syarikat yang diniagakan secara umum tidak lagi perlu memenuhi apa-apa kehendak ekuiti Bumiputera dibawah ukuran liberalisasi pada hari ini.

6. Model Ekonomi Malaysia dipuji secara meluas sebagai satu kejayaan pada peringkat antarabangsa

Kerana pencapaian ini, Datuk Sri Idris Jala telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau di Universiti Havard dan Oxford. Beliau juga dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kabinet menteri Rusia di Moscow. Memandangkan ianya satu kejayaan, Negara-negara seperti Tanzania, Afrika Selatan dan India juga kini melaksanakan model yang sama dalam pembangunan agenda negara mereka menggunakan perkhidmatan perundingan daripada Pemandu.

Lagipun, pada tahun lepas, dua orang pengkaji daripada Bank Dunia, Professor Charles Sabel dan Luke Jordan, telah menerbitkan kertas penyelidikan yang bertajuk “membuat, mempelajari, menjadi: Kajian Transformasi Malaysia” yang mengandungi pengakuan mereka berkenaan keputusan sebenar transformasi di Malaysia.

Ekoran daripada itu, pada tahun 2014, Pemandu juga dipilih sebagai salah satu daripada 20 Kumpulan Inovasi Kerajaan yang bertaraf dunia oleh Nesta, yang merupakan badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies.

Anda sudah berasa muak? Lebih baik anda membiasakannya. Siapa tahu berita baik akan tiba tidak lama lagi semasa anda tidak mengharapkannya

K7L : Jeng jeng jeng....

13/07/2015

Guru Pasti Terlibat Dengan Serangan Seksual Terhadap Budak Yang Diasuh?


Seorang guru wanita dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Mak Chili, Kemaman, dikatakan telah melakukan kesalahan terkutuk dengan mengajak salah seorang anak muridnya membuat hubungan seksual.

Menurut laporan, mangsa seorang murid lelaki yang berusia 4 tahun menceritakan kepada ibunya beliau telah dipaksa untuk menghisap buah dada gurunya selain guru tersebut melakukan perkara yang sama.

Guru itu juga bertindak menghisap kemaluan mangsa selain mengajarnya membuat hubungan seksual secara ringan pada 8 Julai lalu.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati ekoran peristiwa itu telah membuat aduan kepada pihak pengurusan pusat asuhan tersebut. Setelah pemantauan dilakukan oleh guru besar, guru tersebut telah mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa.


Sejurus makluman dari pihak pengurusan PASTI, ibu kepada mangsa lantas membuat laporan polis di balai polis Chukai Kemaman.

Menurut ibu mangsa lagi, perbuatan terkutuk seperti itu telah meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan fizikal dan mental anaknya. - Wow Berita




Keris nak bagitahu satu je. Belum tentu masuk PAS dia baik macam malaikat. Jangan sesuka hati kafirkan UMNO. 

K7L : Sekian..

Haji Hadi Sah Pecat Mat Sabu Daripada Ahli PAS?



Presiden PAS Abdul Hadi mengatakan penubuhan parti Islam perlu berlandaskan asas Islam yang diperkukuhkan bukan kerana persaaan kecewa dan tidak puas hati. 

Beliau juga menambah mana-mana ahli PAS yang sertai parti lain akan dipecat keahliannya serta merta termasuk G18 yang kalah pada muktamar lalu.

Abdul Hadi mungkin terlupa suatu perkara bahawa penubuhan parti PAS juga adalah dari golongan yang kecewa dan tidak puas hati. 

Perpecahan yang berlaku dalam PAS ini bukannya kali pertama berlaku, ianya sudah terjadi beberapa kali kerana ketidakpuashatian dengan kepimpinan PAS.

Malah rakyat juga menuntut janji-janji PAS yang ditaburi hanya untuk terus mendapat sokongan namun umpama menanam tebu ditepi bibir. Apapun yang terjadi kini PAS dah mula tunjuk mereka ada telur.

DAP dah pun diumumkan 'break-up' secara rasminya. Cuma kali ini kita nak Hadi buat PC, sebut senarai nama yang dipecat. Baru betul 'clean-up' akan berlaku. Persoalan Keris, apakah itu akan memberi kesan kepada PAS?

K7L : Baru nak sedar?...

09/07/2015

Sibuk Pasal Akaun Najib - Apa Cerita Akaun Kelaurga Anwar Di Israel?



Keris pernah menerima senarai ini yang membabitkan seluruh keluarga Anwar terdiri daripada bapa, ibu, menantu dan adik-beradiknya. Apakah benar akaun milik keluarga Anwar ini?. 

Beranikah Anwar dan Izzah keluarkan sebarang kenyataan menafikan dan bersumpah bahawa perkara ini tidak benar?

Name : Mr. Ibrahim Bin Abdul Rahman Post : Father of Deputy Prime Minister
Passport No. : C 341872 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BB-1792-5126-2197-14 (XD)
Amount : USD 6,600,000.00
Date of opening account : 14/12/96
Date of Maturity : 14/12/98


Name : Mr. Ibrahim Bin Abdul Rahman
Post : Father of Deputy Prime Minister
Passport No. : C 341872 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : MG-3014-2132-5188-19 (NF)
Amount : USD 11,500,000.00
Date of opening account : 16/05/97
Date of Maturity : 16/05/00


Name : Mr. Ibrahim Bin Abdul Rahman
Post : Father of Deputy Prime Minister
Passport No. : C 341872 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : NE-5179-2212-6125-42 (CE)
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 18/06/98
Date of Maturity : 18/06/00


Name : Mr. Raja Ahmad Shahrir Raja Salim
Post : Son in law of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 371981 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Current Account
Account No : E-7194-303-45-G
Amount : USD 7,500,000.00
Date of opening account : 22/12/95
Withdrawal : USD 2,500,000.00 on 10/01/96
Cheque No. F1742330
Withdrawal : USD 1,000,000.00 on 16/03/96
Cheque No. F1742331
Withdrawal : USD 1,000,000.00 on 01/07/96
Cheque No. F1742332
Withdrawal : USD 500,000.00 on 11/06/97
Cheque No. F1742333


Name : Mr. Raja Ahmad Shahrir Raja Salim
Post : Son in law of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 371981 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-321-3352-339-G
Amount : USD 8,000,000.00
Date of opening account : 14/07/96
Date of Maturity : 14/07/99


Name : Ms. Hajjah Che Yan
Post : Mother of Deputy Prime Minister
Passport No... : D 691245 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : AC- 4192-443-54-E
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 27/11/96
Date of Maturity : 27/11/99


Name : Ms. Rehan Bte Ibrahim
Post : Sister of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 391274 (M)
Bank : Bank Of Nova Scotia
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : LA- 7211-3647-341 G
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 10/06/96
Date of Maturity : 10/06/99


Name : Ms. Rehan Bte Ibrahim
Post : Sister of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 391274 (M)
Bank : Bank Of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : CL 4223-6162-47 M
Amount : USD 2,500,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/96


Name : Mr. Mokhtar Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 512717 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : AF- 3712-229-33-Y
Amount : USD 7,700,000.00
Date of opening account : 15/06/96
Date of Maturity : 15/06/01


Name : Mr. Mokhtar Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 512717 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-3091-9211-39 (O)
Amount : USD 5,000,000...00
Date of opening account : 19/08/96
Date of Maturity : 19/08/99


Name : Mr. Marzuki Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 299671 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : M-5244-6052-69 (D)
Amount : S $ 10,000,000.00
Date of opening account : 07/05/97
Date of Maturity : 07/05/00


Name : Mr. Marzuki Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 299671 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : C-2965-173-384-F
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 29/11/96
Date of Maturity : 29/11/98


Name : Mr. Rosli Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 423717 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : CA-3129-662-919-G
Amount : S $ 2,500,000.00
Date of opening account : 06/03/97
Date of Maturity : 06/03/99


Name : Mr. Rosli Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 423717 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E-699-3172-982 (B)
Amount : USD 8,500,000.00
Date of opening account : 02/09/96
Date of Maturity : 02/09/99


Name : Mr. Rosli Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 423717 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : CA-5098-344-66-D
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 12/06/96
Date of Maturity : 12/06/99


Name : Mr. Idrus Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 862411 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : DD-2141-7922-549-F
Amount : USD $ 5,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99


Name : Mr. Idrus Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 862411 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179-212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99


Name : Mr. Idrus Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 862411 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619-C
Amount : S $ 2,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99


Name: Mr. Rani Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 541781 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512-J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01


Name : Mr. Rani Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 541781 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99


Name : Mr. Rani Bin Ibrahim
Post : Brother of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 541781 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99



Name : Ms. Farizon Bte Ibrahim
Post : Sister of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 831569 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719-M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99


Name : Ms. Farizon Bte Ibrahim
Post : Sister of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 831569 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161-311-D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00


Name : Ms. Farizon Bte Ibrahim
Post : Sister of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 831569 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99


baca juga di SINI untuk senarai akaun dalam artikel pertama.

K7L : Buat penafian lah... pastu kita siasat juga nak?..

Anak Kecil Jual Mainan Untuk Beraya - Pandai Cari Duit Dari Bising!



Bagusssnyaaa!! Kecil-kecil dah pandai cari makan sendiri.. Mungkin nak cari duit lebih untuk keperluan raya. Anak-anak kecil ni tanpa segan silu berniaga dekat tepi bazar Ramadhan Salak Tinggi Sepang 3.

Dorang niaga secara kecil-kecilan jer itu pun cuma berlapiskan sekeping kain nipis. Nak tahu dorang niaga apa?? Niaga barang-barang mainan dorang yang ada.. Kira niaga barang terpakai la. Tengok! Kecil-kecil pun dah sanggup korbankan barang yang dorang sayang demi nak bantu keluarga.

Orang biasa susah ni barang-barang bukan keutamaan bagi dorang. Kalau kita tobat tak jual dah kan sebab sayang.. Beli tambah banyak lagi ada la lepas tu bila dah bosan main buang tah kemana.

Kecil-kecil sudah didik supaya sentiasa berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan orang lain. Kalau kita hmmm hampehh laa.. Takde duit je mintak mak abah. Lagi satu yang jenis mintak sedekah tu, badan sihat walafiat tapi kerja malas, tahu nak melukut ditepi gantang je. -TiraGomez/UtaraNews.com 

Bagus! Tahniah! Tak merungut dan tak jadikan alasan. Ini manusia zaman sekarang, makan Mcd, hari-hari makan luar, pakai kereta Vios, duduk kondo, balik kampung tiap-tiap minggu. Lepas itu bila tak ada duit salahkan Kerajaan. 

Minyak naik lah, Tol naiklah. Usaha lebih tak mahu. Jadikan adik itu sebagai contoh. Tak merungut, nak raya lebih, jual mainan. Ni kejap lagi adalah nak marah.

K7L : Apapun jika ada yang tersinggah.. 'belilah'.. kita sama-sama bantu adik tu.. kita 'beli' usaha mereka..

Senarai Penipuan WSJ - Masih Nak Percaya Media Pembohong? #OhMalaysiaku



WSJ memang dah banyak sangat kes berbohong  ada membuat spekulasi tak berasas tanpa bukti. Kenapa nak kena percaya dengan media kafir? Niat mereka memang nak bagi Malaysia huru-hara.

Lebih-lebih lagi mereka tahu sebahagian rakyat Malaysia pakar dalam menyebarkan berita palsu dan mudah berasa marah pada sesuatu perkara sebelum siasat lebih lanjut dahulu. Jadi mereka pilih Malaysia pula.

Berikut adalah antara senarai link artikel WSJ yang tidak berasas dan fitnah semata-mata :

  • The 'Wall Street Journal' Parade of Climate Lies http://www.huffingtonpost.com/jeffrey-sachs/the-wall-street-journal-p_b_5776558.html via @HuffPostMedia
  • Wall Street Journal - Michael Oren: In defense of Zionism http://on.wsj.com/1w6HXI
  • "Wall Street Journal's Big Lies" https://consortiumnews.com/archive/lost8.html
  • Wall Street Journal Lies About DOJ Efforts To Check Blatant Voter Suppression http://mm4a.org/GMh3zH
  • The Wall Street Journal Published Blatant Lies About The Gold Market http://truthingold.blogspot.com/2013/10/the-wall-street-journal-published.html?m=1
  • THE WALL STREET JOURNAL LIES; ATTACKS TEACHERS AND WORKERS http://www.tsta.org/grading-texas/teacher-associations/the-wall-street-journal-lies-attacks-teachers-and-workers
  • ‘Wall Street Journal’ often gets its facts wrong http://www.therakyatpost.com/news/2015/07/06/wall-street-journal-often-gets-its-facts-wrong/
  • The Wall Street Journal Op-Ed Page Lies All the Time, About Everything http://www.bradford-delong.com/2010/11/the-wall-street-journal-op-ed-page-lies-all-the-time-about-everything.html
  • "Prof attacks Fox News, Wall Street Journal ‘a rag of lies’" http://www.youtube.com/watch?v=qOdiIwJTuXw&sns=tw via @youtube
  • Tragic Graphic: The Wall Street Journal Lies with Statistics? http://evalblog.com/2012/01/23/tragic-graphic-the-wall-street-journal-lies-with-statistics/
  • "When the Wall Street Journal Lies for links"http://www.seobook.com/archives/001972.shtml
  • "WSJ Bigotry, Lies and Abuse of Power or a “Range Fiasco”?" http://www.greentechmedia.com/articles/read/WSJ-Bigotry-Lies-and-Abuse-of-Power-or-a-Range-Fiasco
K7L : Persepsi..konspirasi..depresi..

08/07/2015

Peguam Negara Tambil Beri Penjelasan Perihal Akaun PM?



BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.

Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.

Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.

Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.

Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.

Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.


TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia

8 Julai 2015

Sumber : Utara News

Kit Siang Ambil Peluang Fitnah PM Dengan Pengasas Ambank? #DAPenipu



Ini apa puny ajahat manusia bernama Kit Siang. Dalam kekalutan ini dia cuba timbulkan fitnah. Busuknya hati dia, bukan fikir pasal negara tapi fikir pasal kedudukan dia sahaja. Tak habis-habis.

Apa sebenarnya cerita Pengasas Ambank?

CERITA SEBENAR HUSSAIN NAJARDI

1) Pengasas Ambank Hussain Najardi, telah menjual semua sahamnya pada tahun 1983-1984 dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak terlibat dalam pengurusan mahupun di pejabat beliau di Ambank dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

2) Tiada laporan polis difailkan oleh Najardi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut. Rekod tersebut didapati tidak wujud.

3) Tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun.

4) Jika Ketua IT tersebut dipaksa untuk meletak jawatan, mereka boleh membocorkannya pada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang, jika mereka sedar tentang sejumlah besar pemindahan tersebut, tetapi sudah lebih 2 tahun tiada sesiapa sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut.

5) Pengasas Ambank dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain.

6) Satu-satunya anak tunggal pengasas Ambank iaitu Pascal Najardi merupakan seorang yang bermasalah. Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia.

Pascal menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000.

Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah.

KESIMPULANNYA: Cerita berkenaan pembunuhan pengasas Ambank yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar

K7L : DAP busuk hati...

Islam Ajaran DAP - Campur Bukan Mahram Dalam Majlis Berunsur Islam?


  

Difahamkan gambar ini daripada majlis berbuka puasa DAP. Apa yang tak menariknya, gambar ini boleh menimbulkan fitnah. Serta sebagai Melayu-Islam, jauh sekali untuk kita berkongsi talam dengan lelaki bukan mahram. Sekalipun nak tunjuk perpaduan, bukan ini caranya.

Nampak Keris seperti kolot tetapi tahukah anda ajaran 'terbuka' ini akan menghakis iman dan memesongkan akidah sedikit demi sedkit? Apa yang DAP mahu sekarang adalah anak muda Melayu-Islam menerima keterbukaan.

Ini baru sedikit, entah apa pula lagi selepas ini. Sebab itu rakyat Malaysia khususnya Melayu kena berhati-hati dengan ikon-ikon boneka DAP yang dipergunakan untuk bermain minda. Segalanya akan nampak 'Okay' dan 'Tak apa boleh buat' untuk memastikan Islam tidak kuat.

Ingat, DAP adalah orang yang menentang Hudud. Kenapa mereka serius dalam melawan hudud biarpun dilaksanakan di Kelantan yang DAP tiada kepentingan? Kerana mereka tahu Hudud mapu menyatukan rakyat Malaysia.



K7L : Apapun hati-hati..

07/07/2015

Malam Lailatul-Qadar - Rahsianya!



LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. 

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. 

Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

– Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya: ” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: ” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu “

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya: ” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. “

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: ” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. “

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” Daripada Riwayat Mu’awiyah:

Maksudnya: ” Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. “

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: ” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: ” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. “


ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. 

Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. 

Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. 

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa.

Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. 

Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa –

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit –

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.


Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. 

Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullahsollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabiradliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk