05/05/2016

Azmin Akui Dia Benarkan PKR Sarawak Bertanding 5 Kerusi Yang Tidak DIpersetujui?




Menurut video diatas serta kenyataan daripada Biro Politik Keadilan, Dr Mansor Othman. Keduanya ada memetik Presiden PKR, Dr Wan Azizah telah memberikan mandat bertulis kepada Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara.

Semua perkara tersebut adalah terletak kepada PKR Sarawak untuk membuat rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon PKR yang bertanding mengikut kerusi yang diperuntukkan. Apa yang berlaku selepas itu?

Baru Bian pada 22 April telah mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana 5 kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan 2 lagi masih belum ditentukan calonnya. 

Ketika itu PKR masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru. Namun akhirnya DAP dan PKR masing-masing tidak mahu mengalah dan meletakkan calon sehingga berlaku pertembungan.

Apakah ini semua salah Azmin yang mengakui dia membenarkan 5 kerusi tersebut ditandingi oleh PKR?

K7L : Salah siapa?...

1 ulasan:

  1. Kedua2nya tamak!!!!
    Mcm mana nak jd kerajaan???!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk