02/05/2016

Peringatan Untuk Semua! - Jangan Percaya Helah Pembangkang!



Pengundi diingatkan tidak terpedaya dengan helah pembangkang dan dakwaan mereka yang hanya mahu mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang kerana akhirnya rakyat negeri ini mungkin akan menjadikan mereka dapat membentuk kerajaan.


Menurut kata PM :

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jika dilihat dari segi pembangunan insfratruktur, perubahan kepada Sarawak yang amat ketara sekali adalah projek Pan Borneo Highway merupakan projek ikronik untuk negeri Sarawak.

“Pan Borneo Highway ini adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyatnya dengan nilai perbelanjaan sebanyak 16 billion,” ujarnya.

Katanya, bukan itu sahaja malah bekalan elektrik, bekalan air, dan jalan- jalan seperti Jalan Song, Kanowit dan Kapit adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat negeri Sarawak.

“Sebab itulah, kita tidak boleh terpedaya dengan hasutan pembangkang. Jika pembangkang menghasut untuk menolak GST, Semua di sini harus tahu tanpa GST kita tidak mungkin dapat melaksanakan Pan Borneo Higway.

“Pembangkang kutuk GST tapi dalam manifesto mereka nak buat GST juga,” katanya.


Pembangkang ini yang juga bukan BERASAL daripada Sarawak, sememangnya hanya mahukan kuasa. Sebab itu rakyat Sarawak tidak boleh beri mereka walaupun satu kerusi kerana mereka ini akan menghancurkan kawasan anda.

Mereka bukan parti yang berasas daripada Sarawak sendiri. Ketulenan jiwa sebagai rakyat Sarawak tidak wujud di kalangan pembangkang. Jangan sesekali memberi peluang kepada mereka.

K7L : PAN tu parti politik ke sampah sarap?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk