Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum ini telah berjanji untuk mencari siapakah dalang di sebalik krisis PKR-DAP di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. PKR melihat ada 'dalang' disebalik pertembungan tersebut.
Hampir pasti mengikut perkhabaran bahawa Team Azmin Ali adalah dalang utamanya. Manakala Team Azmin Ali pula dilihat cuba meletakkan salah di atas kepala Presiden PKR yang dianggap sudah tidak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang.
Kah Kah Kah! Bukankah Azmin Ali sudah membuat pengakuan bahawa beliau yang memberi kebenaran kepada PKR Sarawak untuk menentukan calon dan kerusi untuk ditandingi?
Bukankah sudah terang lagi bersuluh di sebalik kenyataan beliau sudah tersebar di seluruh alam maya media siber. Mungkinkah kita akan melihat Izzah menonjolkan tindakan kurang bijak kali ini?
Apapun pertembungan yang lalu itu sebenarnya adalah bukti Pakatan Harapan hanya bersatu di atas kertas. Bukan penyatuan secara zahir dan batin. Ini bermakna jangan pilih mereka kerana mereka bergabung untuk kuasa, bukan kerana rakyat.
K7L : Barisan Nasional tak ada melalut macam Pakatan Harapang..
0 ulasan:
Post a Comment