16/05/2016

DAP Mungkin Akan Letak Calon Melayu Lawan Di Putrajaya PRU14?


 

Keadaan DAP kini nampaknya membimbangkan kepimpinan mereka. Peratusan populariti mereka di kalangan orang cina telah berkurang biarpun ada pihak yang yakin 80% kaum cina bersama dengan DAP.

Dalam masa yang sama DAP tahu undi orang Melayu sudah tidak sekukuh dahulu. Ketika PRU12 dan PRU13, DAP menerima sokongan serta undi sepenuhnya daripada puak PAS dan PKR.

Kini setelah bercerai talak tiga dengan PAS serta bertelingkah dengan PKR, hanya Amanah menjadi taruhan DAP bagi mendapatkan undi orang Melayu. Namun setelah diperlihatkan prestasi Amanah ketika PRN Sarawak, maka DAP kini dilihat lebih bersedia untuk 'jalan sendiri'.

Cuma kali ini tidak sama macam dahulu. DAP yang dulu cuba meletakkan beberapa individu didalam barisan Kepimpinannya bagi membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti 'multi-racial'.

Namun masih gagal apabila kaum bukan cina terutamanya Melayu samada menang tercorot ataupun kalah terus membuatkan membuatkan mereka masih tampak gagal biarpun beberapa individu berbangsa Melayu dilantik dalam kepimpinan.

Mengikut pemerhatian Keris, adalah tidak mustahil tempat yang 'dikosongkan' oleh PAS dalam pembahagian kerusi akan ditandingi separuhnya oleh DAP. Sebelum ini DAP telah meletakkan calon Melayu di Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim dan Dato' Mohd Ariff Sabri di Parlimen Raub.

Kedua-duanya diletakkan di kawasan majoriti cina, menyaksikan Tanjung Piai biarpun kalah namun undi meningkat dan menang di Raub. Kemudian sekali lagi DAP meletakkan calon Melayu di Teluk Intan di kawasan majoriti cina, DAP kalah.

Hairan dengan kekalahan di Teluk Intan yang merupakan kawasan majoriti cina, maka DAP letak sekali lagi di Batu Kitang yang menemui kekalahan juga. Namun biarpun kalah, Keris yakin DAP masih ingin meletakkan calon-calon Melayu di beberapa tempat termasuk Putrajaya yang sebelum ini hanya ditandingi oleh PAS dalam pertemuan satu lawan satu dengan BN.

Kalah sudah tentu tetapi apa yag Keris lihat DAP ingin memperlihatkan konsistensi mereka terhadap orang Melayu bagi meraih undi Melayu. Taktik sama yang pernah dipakai oleh PAP suatu ketika dahulu.

Maka adalah tidak mustahil DAP akan meletakkan calon Melayu mereka di Putrajaya, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju kelak. Hati-hati dengan DAP, mereka ini lebih jahat daripiada Ifrit.

K7L : Hebat perancangan mereka.

1 ulasan:

  1. bodoh punya admin,orang melayu yang undi DAP tu lah yang haramjadah

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk