Azmin yang konsisten dalam pujukan ingin membawa PAS kembali dalam gabungan yang pernah terbentuk sebelum ini dilihat bakal menyebabkan dirinya disingkir daripada PKR oleh rakan DAP dan Amanahnya.
Apa yang sampai ke telinga kini, DAP melihat Azmin sebagai ancaman kepada Pakatan Harapan dan Wan Azizah tidak mampu mengawalnya. Azmin juga dikhabarkan sedang mempersiapkan diri untuk menduduki kerusi Presiden PKR pada pemilihan yang akan datang.
Maka episod untuk menyingkirkan Azmin daripada PKR adalah suatu kisah yang tidak mustahil memandangkan kini semua orang mahu selamatkan kedudukan masing-masing dalam parti.
Dengan itu perkhabaran yang sampai, PAS mempelawa Azmin untuk masuk ke parti tersebut sekiranya Azmin tiada tempat kelak didalam PKR kerana umum tahu musuh yang mahu Azmin berkubur dalam PKR amat ramai.
Apakah kita akan lihat Azmin menjadi Naib Presiden PAS kelak jika PKR menyingkirkannya daripada kepimpinan satu hari nanti?
K7L : Benda ini tidak mustahil..
0 ulasan:
Post a Comment