20/05/2016

Isu Rampas Roller Blade - Siapa Yang Kejam?



Ada yang berkata kepada Keris, di Pulau Pinang kini Guan Eng tengah cari pasal dan cari masalah. Mungkin itu adalah kesan daripada stress yang dihadapinya sejak terdedah skandal banglo murah dan kurang sokongan di dalam Dewan Negeri.

Difahamkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak bulan April lalu merampas kasut roda (roller blade) yang disewakan kepada orang awam dekat kawasan-kawasan rekreasi terbuka di Pulau Pinang.

"Saya minta, kalau boleh jangan diambil tindakan penguatkuasa.

"Kalau kita tidak menggalakkan mereka beriadah, apa lagi yang warga negeri Pulau Pinang boleh buat,"
 - ADUN DAP

Langkah penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas sejumlah kasut roda daripada pengusaha sekaligus dilihat tidak mesra rakyat dan buat ikut suka masing-masing.


Apa salahnya jika pihak berkuasa menguruskan isu aktiviti tersebut agar dapat mematuhi garis panduan berwajib serta tidak menjejaskan keselamatan semua pihak. Bukan nak runding atau bincang sebaliknya main rampas.

Ini semua gaya autokratik dan komunisme ala Korea Utara yang mana setiap keputusan hanya bersandarkan datu individu sahaja. Dasar keluarga Lim memang begini mungkin?

K7L : Dah tu nak buat apa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk