13/05/2016

Azmin Lupa Janji Pada Amanah - Wan Azizah Tempelak Jemputan Azmin Pada PAS?


 

Jemputan Azmin, Timbalan Presiden PKR untuk memasang angan-angan membawa semula PAS dalam pakatan pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan dikatakan menemui jalan buntu.

Azmin yang terhutang budi dengan PAS selepas krisis Langkah Kajang dan kemasukan Anwar kedalam penjara, nama yang sepatutnya dirancang untuk menjadi Menteri Besar di Selangor telah ditolak maka PAS mencadangkan Azmin membuatkan dia berada pada kerusi empuk tersebut hari ini.

Namun begitu dalam masa yang sama Azmin seakan terlupa janjinya kepada Amanah yang sama-sama telah membuat keputusan dasar yang sama dan dipersetujui ketika mula-mula Pakatan Harapan dilaksanakan.

Erti kata lain sebenarnya PKR secara tidak langsung menyokong untuk turut serta dalam penentangan wajib terhadap PAS oleh DAP dan Amanah. Lupa pada janjikah Azmin?

 

Dalam masa yang sama, Presiden PKR membuat penafian bahawa PKR yang menjemput PAS. Menjadikan jemputan yang diterima PAS sebelum ini adalah suara peribadi daripada Azmin Ali.

Presiden kata A dan Timbalan Presiden Kata B, bukankah tidak seia sekata ini menandakan ketidaksefahaman Azmin dengan Wan Azizah? Apakah yang sedang berlaku ini? 

K7L : PKR akan bubar kalau Wan Azizah terus jadi Presiden PKR?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk