06/05/2016

Pengangkutan Sekolah Percuma Dalam Manifesto DAP #ManifestoBukanJanji



Jelek! Jijik! Kotor! Menggunakan elemen anak-anak sekolah untuk meraih undi dnegan pembohongan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima. Pengangkutan Sekolah Percuma jelas merupakan satu retorik yang cuba digula-gulakan sebagai salah satu janji manifesto DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11. 

Apa yang orang Sarawak perlu tahu, negeri yang diperintah oleh DAP di bawah Guan Eng sendiri tidak pernah mewujudkan pengangkutan sekolah percuma sepanjang pemerintahan mereka di Pulau Pinang. 

Kalau DAP sebagai Kerajaan pun tidak mampu laksanakan pengangkutan sekolah percuma, bagaimana kita harapkan mereka dapat adakan perkhidmatan ini kelak hanya sebagai pembangkang di Sarawak?

Di Pulau Pinang, Kerajaan DAP hanya menyediakan pengangkutan bas percuma (BEST) dari Prai ke Komtar melalui Jambatan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini pada awalnya diberikan secara percuma. Sekarang sudah dikenakan bayaran oleh Kerajaan Pulau Pinang. Janji percuma hanyalah umpan awal sahaja. 

DAP tidak boleh dipercayai. Kalian nak pilih mereka untuk manifesto yang akhirnya tidak akan menjadi janji DAP?

K7L : Banyak hal orang DAP ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk