05/05/2016

Hasil Rundingan PKR-DAP Pada 7 April Membuahkan Hasil Pertembungan - Salah Siapa?



Selepas pertemuan bersama PKR Dengan DAP yang diwakil oleh Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, dia mencadangkan kepada Azmin Ali dan Nurul Izzah agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi kedua-dua mereka tidak bersetuju.

Namun Guan Eng difaham terus berkeras memaksa mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya Azmin yang bersetuju untuk menandatangani atas dasar “secara prinsip bersetuju” 

Erti kata lain dengan pemahaman bahawa keputusan pembahagian kerusi itu masih belum lagi muktamad. Rundingan tersebut yang dibuat dengan diskusi 6 mata bukanlah mesyuarat muktamad.

Difahamkan perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.

Namun begitu DAP pula secara tiba-tiba beremosi dan PKR pula dilihat amat bersedia untuk bertanding pada 5 kerusi yang akhirnya menjadi 6 kerusi pertembungan termasuk Batu Kitang yang calonnya 'telah tersedia'.

Persoalannya, rundingan telah pun dibuat. Perbincangan telah pun hampir menetapkan kata putus namun kesepakatan masih tidak tercapai bukan sahaja ketika penamaan calon, sehingga kini masih lagi kedua-dua parti tidak mengalah.

K7L : Salah siapa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk